Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Imej Baharu, Tag Harga Bermula RM57k

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-10-23
in BULETIN, UTAMA
0

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi telah melancarkan generasi baharu Yamaha MT-09 di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS, baru-baru ini. Ia merupakan generasi ke-3 jentera naked yang ikonik namun hadir dengan keterampilan reka bentuk lebih moden dan ranggi.

Dari sudut pandang terhadap bentuk jentera MT-09 generasi baharu ini tampil menonjol dengan imej lampu hadapan yang dipadankan dengan lampu LED serta projektor di bahagian tengah. Memberikan pencahayaan yang lebih terang dan jelas. Rekaan tangki bahan api juga telah diberikan sentuhan baharu yang lebih dinamik. Memberikan lebih keselesaan kepada penunggang.

Di bahagian pelana terdapat pembahagian antara si penunggang dan si pembonceng. Ia diasingkan kepada dua bahagian bagi memastikan keselesaan bukan sahaja untuk penunggang, tetapi juga untuk pembonceng. Menarik mengenai ciri-ciri yang ada pada MT-09 ini, ia dibekalkan dengan subframe baharu serta peningkatan pada kadar spring belakang. Ia menjanjikan tunggangan yang lebih stabil dan selesa.

Tangki bahan api berkapasiti 14 liter turut dilengkapi dengan gril acoustic amplifier. Menambah pengalaman akustik ketika menunggang, di mana deruman enjin lebih jelas didengar oleh penunggang apabila terdapat corong di bahagian tangki minyak di bahagian atas.

Bagi memudahkan si penunggang ketika meluncur di atas jalan raya, Yamaha MT-09 dilengkapi dengan paparan TFT berwarna penuh bersaiz lima inci, yang boleh disambungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi Y-Connect dan Garmin Streetcross.

Sistem ini memudahkan penunggang memacu pelbagai maklumat penting serta navigasi. Usah risau bagaimana anda harus memulakan pencarian tersebut. Ini kerana ciri-ciri yang disebutkan di atas hanya berada di kiri dan kanan bar handle.

Di bahagian handlebar juga, terdapat suis kawalan intuitif yang menampilkan ciri cruise control, selain daripada sistem brek menggunakan radial master cylinder daripada model Brembo yang dipercayai terkenal dengan prestasi yang cukup cemerlang.

Penunggang juga boleh mempersonalisasi mod tunggangan melalui sistem Yamaha Ride Control (YRC) yang diakses melalui aplikasi di telefon pintar. Selain itu, terdapat port pengecasan Type-C di bawah tempat duduk untuk memudahkan pengecasan peranti semasa perjalanan.

Untuk memberi keselesaan maksimum, posisi handlebar dan footpegs boleh dilaraskan mengikut kesesuaian ergonomik penunggang. Ini memastikan pengalaman tunggangan yang lebih selesa dan menyeronokkan, terutama bagi perjalanan jarak jauh.

Sekali pun penulis belum menguji jentera ini (kecuali beberapa rakan penulis), trenkuasa Yamaha MT-09 baharu masih agresif sekali pun ia masih mengekalkan enjin CP3 tiga silinder 890cc dengan penyejukan cecair.
Maklumat yang diperolehi dari pihak Yamaha, jentera ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 119hp dan tork 93Nm.

Meskipun versi ini tidak dilengkapi dengan Y-AMT, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan serta quickshifter generasi ketiga Yamaha untuk penukaran gear yang lebih lancar. Dilengkapi dengan beberapa ciri baharu yang pastinya menarik perhatian peminat motosikal. Dengan harga bermula dari RM57,998. Yamaha MT-09 ini menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih dinamik dan selesa.

Untuk info, jentera yang dilancarkan di Malaysia adalah dari jenis versi standard. Walaupun ia bukan model global Yamaha MT-09 hadir dengan ciri sistem penukaran gear separa automatik Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT), model ini tetap menampilkan peningkatan signifikan dari segi reka bentuk dan teknologi.

MT-09 generasi baharu ini ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, iaitu warna Cyan dan warna hitam matte, memberikan pilihan yang sesuai dengan gaya dan personaliti penunggang.

Previous Post

C 400 GT & C 400 X 2025 dengan Kemas Kini Futuristik untuk Pengembaraan Bandar

Next Post

Perhimpunan Peminat Suzuki dari Seluruh Negara, Pelbagai Ragam dan Gaya

Next Post

Perhimpunan Peminat Suzuki dari Seluruh Negara, Pelbagai Ragam dan Gaya

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved