Imbas & Menang Yamalube; Cheng Pah Bawa Pulang MT15!

Seorang tukang masak dari Kota Tinggi, Johor, Jou Cheng Pah tidak menyangka rutin hariannya menjaga enjin motosikal jenis Yamaha MT25 membolehkan ia membawa pulang sebuah motosikal Yamaha MT15 pada peraduan Imbas & Menang Yamalube. Malah Cheng Pah yang berkerja di sebuah restoran ala Thai di Kallang, Singapura terpilih berdasarkan penggunaan minyak pelincir Yamalube paling banyak mengikut data yang diperolehi mengenepikan dua lagi cabaran peserta lain pada peraduan yang bermula Januari 2022 lepas.

“Sejak Januari tahun lepas, saya telah menjadi pelanggan Yamalube yang setia, malah saya juga tertarik untuk menyertai peraduan Imbas & Menang dari produk minyak pelincir Yamaha ini.

“Begitu pun saya tidak menyangka, kekerapan menjaga enjin motosikal dan kerap mengimbas bar kod pembelian minyak ini, membolehkan saya muncul pemenang hadiah utama.

“Bagi saya, hadiah sebuah motosikal MT15 merupakan satu kejutan yang sangat bermakna lebih-lebih lagi ia disambut sebelum perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” ujarnya yang berhasrat ‘menghadiahkan’ motosikal yang dimenangi kepada isterinya, Chong Lee Yen yang hadir menemaninya.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan Peraduan Imbas & Menang Yamalube untuk pelanggan yang telah membeli pelincir tulen Yamaha. Jumlah penyertaan yang tinggi telah diterima sepanjang tempoh peraduan.

Tiga pemenang bertuah yang menduduki tangga teratas telah diumumkan semasa majlis penyampaian hadiah di Kompleks HLYM SUngai Buloh pada 18 Januari lepas. Selain, Jou Cheng Pah yang diumumkan pemenang hadiah utama, peserta dari Setapak, Kuala Lumpur, Muhammed Ridzuan Rahmatullah muncul di tempat kedua manakala Mohd Ferdaus Abd Rahman dari Simpang Pulai, Perak terpilih selaku pemenang tempat ketiga.

Ridzuan membawa pulang sebuah motosikal model Yamaha Y15ZR sementara Ferdaus memenangi 5 karton minyak pelincir 4T model Yamalube RS200. Peraduan Imbas & Menang Yamalube bermula dari 1 Februari 2022 dan berakhir pada 31 Disember 2022.

Untuk info, Yamalube merupakan minyak pelincir yang dibangunkan oleh Yamaha khusus digunakan untuk motosikal. Pembangunan produk minyak pelincir Yamalube melibatkan jurutera automotif untuk merealisasikan permintaan prestasi setiap jenis motosikal bermula daripada skuter sehinggalah segmen jentera super bike.