Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hujung Minggu Lebih Meriah Untuk Peminat Modifikasi Dunia Permotoran!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-12-20
in BULETIN, UTAMA
0

Plaza Satelit menjadi tumpuan para peminat modifikasi kereta dan motor pada hujung minggu lalu dengan berlangsungnya program Gegar Plaza Satelit KSW KW Mega Gathering 2022. Dianjurkan oleh KW Motorsport dengan kerjasama KSW sebagai penaja utama. Bagi memeriahkan program ini, pelbagai aktiviti telah disediakan pihak penganjur.

Diadakan selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 Disember yang lalu, program ini berjaya menarik perhatian sebahagian besar para peminat modifikasi yang sanggup berkampung selama dua hari di Plaza Satelit ini. Bermacam-macam ragam serta hiasan yang telah membanjiri tapak acara. Kreatif dan juga unik sehingga berjaya menarik kunjungan dari yang bukan peminat atau pengikut dunia modifikasi kereta dan motor.

Dirasmikan oleh YB V.P. Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan yang juga mewakili Ketua Menteri Melaka yang tidak dapat menghadiri program yang penuh meriah ini. YB V.P. Shanmugam bukan sahaja merasmikan program ini malah meluangkan masa mengunjungi gerai-gerai perniagaan yang dibuka serta beramah mesra dengan para peserta. Program turut diserikan dengan kehadiran saudara Alan dari KW bersama isteri.

Bagi makluman, program pada kedua-dua hari tersebut dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu untuk Autoshow Kereta dan juga Autoshow Motor. Sebanyak lapan kategori utama disediakan untuk Autoshow Kereta, diikuti 15 kategori Best, seterusnya Pilihan Juri dan Pilihan VIP. Manakala untuk Autoshow Motor, sebanyak 3 kategori utama disediakan dan juga 30 kategori Best.

Selain itu, program turut diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti selingan termasuk Demo Race Bike, Push Bike Race, Lucky Draw, Food Truck dan juga persembahan pentas oleh para penghibur yang berbakat besar. Para pengunjung dan para peserta juga tidak melepaskan peluang berhibur dan menari mengikut lagu yang dipersembahan di atas pentas.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, KW Motorsport khususnya saudara Rizal kerana sekali lagi berjaya menganjurkan program permotoran yang sentiasa dinanti-nantikan para peminat tegar modifikasi motor dan kereta. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada barisan para penaja khususnya KSW selaku penaja utama yang turut mempromosikan produk keluarannya sepanjang program berlangsung.

Previous Post

Kolaborasi Polestar Dan Cake, Hasilkan Motosikal Elektrik Istimewa

Next Post

Himpunan Motosikal Menceriakan Lagi Suasana

Next Post

Himpunan Motosikal Menceriakan Lagi Suasana

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved