Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda X-ADV, Kini Dengan Warna Baharu Pada Harga RM68,899

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-01
in BULETIN, UTAMA
0

Sejak berada di pasaran tempatan pada tahun 2018, jentera pengembaraan dari Honda, X-ADV telah mendapat pengiktirafan tertinggi dalam kalangan kaki motor tempatan yang mana jentera ini menawarkan cabaran baharu dalam bentuk keseronokan dan juga tampil dengan ciri-ciri moden.

Terkini, jentera Honda X-ADV disediakan dengan warna baharu – Shasta White. Pilihan warna baharu itu menjadikan motosikal itu kelihatan lebih elegan dan bahagian hadapan yang tampak agresif apabila ia digandingkan dengan ciri-ciri terkenal seperti dwi lampu depan LED dan penyediaan lampu waktu siang.

2023 HONDA X-ADV

Seperti versi sebelumnya, X-ADV didatangkan dengan konsol instrumen digital, lampu belakang LED dan cermin depan boleh laras (lima tingkat) yang membolehkan anda melaraskan dengan cepat tanpa sebarang masalah bagi mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh. Jentera ini kekal menghasilkan kuasa daripada enjin 745cc yang mematuhi Euro 5, penyejuk cecair, enjin berkembar selari yang dipadankan dengan kotak gear DCT 6-kelajuan.

Honda X-ADV merupakan jentera pengembaraan mampu menjana kuasa maksimum 43kW @ 6,750rpm dan 69Nm @ 4,750rpm tork puncak. Ciri Dual Clutch Transmission (DCT) diiktiraf sebagai keistimewaan yang terdapat pada jentera X-ADV. Ciri-ciri keselamatan yang tersedia pada X-ADV termasuk brek cakera pada kedua-dua roda hadapan dan belakang, bersama-sama dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan ABS untuk memberikan sistem pemberhentian yang menyakinkan.

Segala maklumat turut dikongsi kepada pemilik jentera menerusi panel paparan TFT 5-inci X-ADV yang dilengkapi sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (HSVCS). Sistem ini akan berhubung menerusi telefon pintar anda meskipun jentera anda sedang bergerak termasuklah penerimaan panggilan telefon, e-mel, muzik dan juga penunjuk navigasi.

2023 HONDA X-ADV

Untuk pilihan warna Honda X-ADV 2023, anda juga boleh memilih tiga pilihan warna yang disediakan – Mat Ballistic Black Metallic (Hitam), Pearl Deep Mud Grey (Kelabu) dan warna baharu Shasta White (Putih) dan harga yang ditawarkan adalah RM68,899 seunit.

Previous Post

Berdaya Tahan Dari Kepanasan Ekstrem, Tampil Lebih Menarik

Next Post

Kod Rahsia Yang Tidak Ramai Ambil Tahu!

Next Post

Kod Rahsia Yang Tidak Ramai Ambil Tahu!

CAPAIAN

  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved