Honda RS150R edisi 2020 tampil kemas, terkini dengan warna dan jalur yang lebih bergaya.
Model terbaharu dari Boon Siew Honda ini didatangkan dengan rekaan lampu belakang yang runcing untuk gayaan terkini. Paparan meter LCD yang menawarkan pelbagai maklumat bagi kemudahan penunggang. Paling menarik, RS150R ini dipadankan dengan rim tayar 17 inci dengan calitan warna emas sekali gus menampakkan kemasan premium motosikal ini.
Pengenalan model Honda RS150R baharu merangkumi rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan lebih premium. Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing sekali gus mempertingkatkan visual keseluruhan.
Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut mendapat kemasan moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel meter LCD digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi. Fungsi terbaru ini untuk memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap informasi di panel meter. Honda RS150R ini turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi.
Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC 6 kelajuan yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm. RS150R serba baharu kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada – Trico, Pearl Magellanic Black, Pearl Nightfall Blue dan Edisi Repsol pada tag harga RM 8,199 (varian model standard) dan RM 8,499 (model Repsol).