Road Star
Koyoko
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda Dash 125 Tampil Warna Baharu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-11-15
in BULETIN, UTAMA
0

Jalur Terkini Bagi Model 2020

Pengedar jentera jenama Honda, Boon Siew Honda telah mengumumkan secara rasmi jentera Honda Dash 125 terbaharu, yang menampilkan warna dan jalur yang dikemaskinikan. Jalur terkini dengan maksud membawa arah baharu menekankan penampilan yang lebih menarik dan segar. Setiap pemilihan warna dipilih diadaptasi atas perbezaan dan kesan visual yang sesuai bagi menyediakan corak Honda Dash 125 ini.

Gabungan warna logam (perak) diserlahkan pada panel badan Honda Dash 125 memperlihatkan jentera ini lebih ekspresif dan sempurna bagi penunggang yang berminat dengan jentera berbeza secara visual. Warna dan jalur baharu dijangka bakal membawa tarikan samada pembeli muda mahu pun dewasa sekali gus menjadi jentera ini cukup maskulin dan memenuhi segala impian yang didambakan oleh pengguna motosikal hari ini.

Honda Dash 125 didatangkan dengan dua varian warna terkini iaitu Clipper Yellow dan Candy Scintillate Red. Sementara itu, warna Pearl Nightfall Blue ditawarkan dengan penambahbaikan dan kemasan yang lebih baik. Manakala, varian utama – edisi Repsol hanya terdapat dalam konfigurasi brek cakera berkembar masih dikekalkan.

Untuk rekod, Honda Dash 125 dikuasakan oleh enjin 125cc namun kekal memberikan prestasi tinggi serta kecekapan bahan api yang efesyen. Ciri-ciri keselamatan termasuk penggunaan lampu LED dengan visor tambahan bagi memberi penglihatan dan ketahanan yang lebih baik. Kedua-dua sistem brek cakera (samada cakera tunggal dan berkembar) disediakan dengan kemasan terkini. Honda Dash 125 masih dianggap jentera pilihan utama bagi mana-mana pelanggan yang tercari-cari sebuah jentera yang dilengkapi ciri-ciri mudah dan harga yang berpatutan.

Jentera Honda Dash 125 versi 2020 didatangkan pada tag harga RM5,999 (bagi brek cakera tunggal), RM6,299 (bagi brek cakera berkembar), RM6,499 (bagi edisi warna Repsol – brek cakera berkembar) dengan pilihan warna Clipper Yellow, Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan Edisi Repsol menjadi pilihan anda.

Previous Post

Shell raikan peminat MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang

Next Post

Sproket dan Rantai M-Seki Dicipta Dari Adaptasi Litar Lumba

Next Post
Sproket dan Rantai M-Seki Dicipta Dari Adaptasi Litar Lumba

Sproket dan Rantai M-Seki Dicipta Dari Adaptasi Litar Lumba

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

CAPAIAN

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved