Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Honda S 90, Jentera Lama Nafas Baru!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-21
in SHOW OFF, UTAMA
0

Lazimnya, ideologi dan minat setiap individu tidak pernah sama bergantung kepada tujuan dan matlamat minat itu disimpan. Disebalik setiap minat, tersimpan sebuah impian dan cita-cita. Disebaliknya pula ada pelbagai rintangan yang menagih usaha untuk mengatasinya agar apa yang diimpikan dapat dilaksanakan. Bagi melihat impian terlaksana di hadapan mata, ada yang mula mengusahakannya sejak awal usia dan ada juga terpaksa memendam rasa sehingga mencapai status pencen kerana menghabiskan usia muda demi kerjaya dan terikat dengan tanggungjawab. Dunia dua roda pula berkembang pesat dan menyaksikan kelahiran pelbagai model yang baik dari masa ke semasa.

Kepesatan ini sedikit sebanyak membuatkan model-model lama terpinggir, malah sangat asing khususnya untuk generasi pencinta dunia motor yang baru. Model yang dahulunya berkhidmat di zaman muda atuk kita yang berbangga bertenggek di atasnya, sama ada ke sekolah atau bersiar-siar dengan rakan-rakan. Kebanyakannya mungkin sudah pun dijadikan besi buruk, tersorok di belakang rumah atau menunggu masa untuk reput. Namun, masih ada yang menyedari nilai sebuah motor yang mungkin dianggap usang tetapi berusaha mengembalikan kegemilangan dan menggilap semula model yang semakin dilupakan. Hishamuddin Md Rashid yang bertugas di Jabatan Kerja Raya Taiping menyimpan sejuta nostalgia dengan jentera lama. Mengimbas kenangan sejak usianya 12 tahun, beliau tekad membina dan melukis semula memori indah itu untuk tatapan generasi kini.

Menurutnya yang kini sudah pun melewati usia pertengahan 40-an, barang buruk jika dijaga, disimpan pasti menjadi tarikan serta mampu memukau. Justeru itu, beliau menghidupkan kembali kegemilangan motosikal lama dengan membeli sebuah Honda S 90. Model keluaran tahun 1974 ini dibeli pada harga RM200 dan ia bukanlah motosikal pertama beliau. Sebelum ini, Yamaha RXZ dan Yamaha LC telah dimiliki dan menjadi koleksinya terlebih dahulu. Beliau mula serius dan menghidupkan jentera lama menjadi agenda utamanya sejak tahun 2000. Mengembalikan motosikal lama ke mercu kejayaan bukan boleh berlaku sekelip mata, malah memerlukan masa yang lama. Beliau menyerahkan kepercayaan kepada Bengkel Motosikal Shukri yang beroperasi di Taiping untuk membaik pulih jentera berusia ini. Kesabarannya membuahkan hasil dan cukup membanggakan serta boleh dilihat pada Honda S 90 yang telah diberikan nyawa baru ini.

Seterusnya, beliau mengambil langkah berani dengan menyertai auto show sebagai percubaan pertama pada tahun 2002. Ekoran penyertaan tersebut, beliau memperoleh beberapa pengalaman dan belajar memperbaikinya. Disebabkan minat yang cukup mendalam, diekori keazaman serta limpahan idea, beliau mencorakkan warna serta menambah beberapa lagi aksesori dengan membuat penyelidikan menerusi rujukan sama ada dari dalam negara mahupun rujukan dari luar. Pelbagai laman sesawang dirujuk semata-mata mencari kesesuaian pada motornya. Hampir setiap hari selama 2 hingga 3 bulan beliau menjadikan ia rutin setiap kali pulang dari kerja dan sebanyak RM4,500 telah dibelanjakan untuk penambahbaikan.

Segala penat lelah selama 3 tahun dalam usaha menghidupkan jentera lama membuahkan kejayaan. Kepuasan terpancar pada wajah anak kelahiran Taiping ini. Bermula dari tahun 2003 hingga kini, sebanyak 40 pertandingan Autoshow yang diadakan di seluruh negara telah disertainya. Di setiap pertandingan, Honda S 90 ini tidak pernah pulang dengan kekecewaan. Kenangan paling bersejarah apabila beliau dan jenteranya dinobatkan sebagai Johan peringkat kebangsaan. Mengungguli 39 pertandingan Autoshow dengan mendapat tempat pertama, sokongan berterusan dari keluarga tersayang turut mendorong beliau sentisa bersemangat. Menurut beliau lagi, jumlah duit yang dibelanjakan bukan sedikit dan hampir RM15,000 sejak hari pertama dimilikinya sehinggalah yang terpampang di depan mata sekarang.

Memupuk minat dari kecil adalah langkah mendidik anak-anak yang efisen. Beliau yang kini dilantik sebagai duta Koyoko menasihatkan agar golongan muda khususnya yang meminati dunia dua roda agar jangan membuang masa dengan menyertai lumba haram. Banyak kemudahan tersedia termasuklah litar lumba untuk mereka mempamerkan bakat masing-masing dan bukan sekadar melepas gian terhadap kelajuan. Guna saluran yang disediakan dan hormati undang-undang. Bercakap tentang dunia autoshow pula, beliau secara peribadinya memohon para penganjur lebih telus dalam mutu pengadilan dengan menyediakan para pengadil profesional serta berpengalaman Begitu juga hadiah wang tunai haruslah berbaloi demi menaikkan semangat peserta agar tidak jemu untuk bertanding di lain kali.

Previous Post

ARRC - ZAQHWAN MENANG DALAM AKSI LITAR BASAH

Next Post

Hard RocX Enduro Race Kemensah 2019

Next Post

Hard RocX Enduro Race Kemensah 2019

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved