Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hj Ramdhan, ikon otai dua roda

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-14
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ukhwah Tanpa Sempadan

Persaudaraan dieratkan, persahabatan dikukuhkan,
Keluarga diutamakan, sahabat handai dimuliakan.

Setiap kali menjejakkan kaki di mana-mana acara permotoran, pasti akan berjumpa dengan gerai jualan HJR Bike Gear. Dimiliki seorang biker yang cukup dikenali oleh peminat dan pengikut tegar dunia dua roda, bukan sahaja di semenanjung tetapi juga terkenal di Sabah dan Sarawak, Hj Ramdhan Mamat. Otai dalam dunia dua roda di Malaysia, beliau mula berjinak-jinak dengan motosikal sejak zaman bujang sehingga sekarang.

“Biar motosikal dok gerak, janji celik mata pagi buleh tengok dok apa dah,” ujar beliau, falsafah seorang biker kelahiran Terengganu dalam dialek negeri sekali gus menjelaskan kecintaan beliau terhadap motosikal.

Perniagaan merupakan punca rezeki Hj Ramdhan yang bermula dari bawah sebagai tukang kimpal sehingga berjaya menjadi seorang kontraktor melibatkan kerja-kerja besi. Pemasangan gril, pengubahsuaian pelbagai bentuk yang memerlukan kemahiran kimpalan. Bak kata pepatah, “manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada” begitu juga dengan Hj Ramdhan. Turun naik dalam perniagaan itu lumrah. Perusahaan kimpalannya telah diwariskan kepada anak-anak, namun beliau tidak berhenti di situ dan menceburi bidang perniagaan yang cukup asing. Beliau menjual pakaian, aksesori motosikal dan pelbagai barangan melibatkan permotoran yang menjadi sumber rezekinya kini.

Apa yang mendorong Hj Ramdhan beralih arah?

Keseronokan bersantai dengan motosikal serta berjumpa rakan-rakan dari pelbagai lapisan menjadi satu tarikan dan ia merupakan budaya yang sihat. Kunjungan ke pelbagai acara permotoran, berkonvoi dan paling penting tiada kasta dalam dunia 2 roda mendorong Hj Ramdhan mengorak langkah secara serius. Beliau pernah memiliki pelbagai jenis motosikal termasuk Hyosung 250, Naza Blade 650, Honda Gold Wing 1500, Yamaha R1, Kawasaki ZX6, Benelli TNT 600 dan BMW F800 GS.

Terengganu Bikers Komiti yang diwujudkan pada tahun 2013 merupakan hasil kreativiti Hj Ramdhan, bertujuan untuk mengumpul dan mengeratkan ukhwah tanpa sempadan antara bikers dari seluruh tanah air. Seramai lebih 500 orang ahli berjaya dikumpulkan. Bukan setakat itu sahaja, Hj Ramdhan turut terlibat dalam penganjuran Terengganu Bike Week pada tahun 2012 sebagai salah seorang AJK. Dungun Havoc Bike Fest tahun 2015 merupakan acara sulung dikendalikan beliau. Pada awal Februari lalu, gandingan HJR Bike Gears dan Awi Entertainment n Management telah menganjurkan acara permotoran buat julung kalinya di Bandar Cukai, Kemaman iaitu Kemaman Havoc Bike Fest 2018.

Usia bukan penghalang bagi seorang bikers yang telah dikurniakan cucu dan mempunyai keluarga yang besar ini. Dorongan dan restu keluarga menjadi tiupan semangat bagi Hj Ramdhan untuk mengorak langkah seterusnya bersama jentera 2 roda kesayangan. Komen dan nasihat dari rakan-rakan bikers dipandang positif oleh beliau demi membaikpulih serta membuahkan kejayaan demi acara permotoran yang bakal diadakan di masa hadapan. Sekali melangkah, tiada istilah undur ke belakang. Nama beliau juga cukup gah di Borneo, Singapura dan Thailand.

Pandangan Hj Ramdhan tentang dunia permotoran tanah air cukup mudah. Setiap presiden atau ketua kelab harus dipertemukan sebagai satu langkah pemuafakatan yang ideal. Pelbagai pandangan, permasalahan dan jalan penyelesaian dapat direalisasikan demi kemajuan dunia permotoran di negara kita. Demikian secara ringkas perihal Haji Ramdhan Mamat yang boleh dijadikan ikon permotoran. Pergaulan beliau dalam dunia 2 roda di Malaysia tanpa mengira kelas dan kuasa motosikal wajar dicontohi.

Previous Post

Majalah Roadstar #57

Next Post

Road Star #54

Next Post

Majalah Roadstar #58

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved