Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Himpunan Geng Retro Terbesar!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-02-14
in BULETIN, UTAMA
0

Dihangatkan dengan kehadiran hampir 7,000 orang pengunjung menjadikan Darul Aman Raretro 2022 atau DARE sebagai satu program yang berjaya menghimpunkan Geng Retro terbesar khususnya di bahagian utara. Bertempat di Zaques Hotel Sungai petani, pihak penganjur iaitu Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah mengambil peluang ini menganjurkan DARE buat kali ke-5 setelah dua tahun tidak dapat dianjurkan ekoran pandemik covid-19.

Walaupun diadakan dalam norma baharu yang mematuhi setiap SOP ditetapkan kerajaan, acara selama 3 hari bermula dari Jumaat sehingga Sabtu ini tetap berjalan lancar. Apatah lagi apabila menerima tajaan dari Malaysia Automotive Robotics IoT, Mak Tok Maruku dan Surico Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti motor show retro, autoshow, audioshow, pasar karat, cabutan bertuah, gerai-gerai jualan, Saga Big Day Out dan banyak lagi. Selain itu, aktiviti untuk golongan kanak-kanak turut diselitkan antaranya iaitu peraduan mewarna. Para pengunjung turut dihiburkan persembahan dari live band.

Lebih menarik lagi, setiap peserta dan pengunjung yang membeli t-shirt rasmi layak mendapatkan satu tiket cabutan bertuah. Hadiah utama untuk segmen Cabutan Bertuah merupakan sebuah motosikal Retro Honda C70 1985 yang direstorasi sepenuhnya oleh Wira Jitra tajaan Surico Malaysia dan juga set rim sukan 14 bintang sumbangan Atara Racing.

Dijalankan selama tiga hari bermula dari hari Jumaat sehingga Ahad dan dibuka dengan pertandingan Autoshow pada hari pertama. Suasana dihangatkan lagi dengan persembahan kereta audio oleh para peserta dari Kedah. Pada hari kedua pula, acara diteruskan dengan segmen motosikal retro yang mempertandingkan sebanyak 13 kategori. Segmen ini mendapat sambutan menggalakkan di mana para peserta bukan sahaja datang dari kawasan utara, malah ada yang datang dari pantai timur dan selatan semenanjung Malaysia.

Manakala pada hari ketiga yang juga hari terakhir menyaksikan hampir 200 buah kereta Proton Saga dari pelbagai generasi berjaya dihimpunkan untuk Saga Big Day Out. Penganjuran DARE buat kali kelima ini mustahil diadakan tanpa sokongan dan kerjasama banyak pihak. Di kesempatan ini, pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Sumber : Pak Art

Previous Post

Menggamit Kenangan Zaman Persekolahan

Next Post

Cungkil Bakat Baru Dalam Sukan Motocross

Next Post

Cungkil Bakat Baru Dalam Sukan Motocross

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved