Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Helmet SR-GP dari Suomy, Diyakini Pelumba Dunia!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-15
in BULETIN, UTAMA
0

Sebagaimana yang diketahui, helmet Suomy dibangunkan dan dipakai oleh ramai pelumba MotoGP, Moto2 dan Moto3 seperti Andrea Dovizioso, Francesco Bagnia dan Romano Fenati. Salah satu siri helmet keluaran Suomy yang kini dilengkapkan dengan ciri-ciri terkini untuk tahun 2021, SR-GP sudah pun berada di pasaran.

Kalau hendak diringkaskan, helmet SR-GP ini dikenali sebagai helmet dengan teknologi maksimum dan prestasi aerodynamik yang cemerlang. Ini hanya sebahagian aspek penting yang disuntik Suomy ke dalam produk keluarannya. Bagi makluman, kumpulan penyelidikan dan pembangunan Suomy berkerja dengan pelumba MotoGP, Andrea Dovizioso untuk membangunkan produk ini selain berusaha keras dengan memberi fokus terhadap 3 konsep utama iaitu bahan-bahan berkualiti tinggi, aerodinamik yang sempurna dan juga sistem pengudaraan.

Ciri-ciri;
Tempurung luar dibuat dalam 4 saiz dari XS sehingga XXL dan diperbuat daripada tricarboco carbon, aramidic fibers dan fiberglass. Terdapat lima lubang di bahagian haadapan dan satu lubang di bahagian atas, diikuti pengekstrak yang berfungsi secara efektif. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kombinasi saluran dan spoiler yang membawa masuk udara dan keluar dan pantas untuk diekstrak secara efektif di bahagian dalam helmet.

Manakala bahagian dalamnya boleh dikeluarkan dan dicuci, pad di bahagian pipi disediakan untuk sistem kecemasan dan boleh ditanggalkan. Versi karbon SR-GP mempunyai beberapa ciri khusus seperti FIR. Fabrik dengan teknologi infrared yang memastikan penyerapan kelembapan tinggi dan memberikan keselesaan yang optimum terutamanya pada suhu tinggi.

Ciri-ciri teknikal perlumbaan di bahagian dalam;
Bar di bahagian dagu untuk sistem hydro dengan pemasangan tiub yang sangat mudah; sentiasa berada dalam pelindung dagu. Ia juga boleh ditanggalkan untuk memberikan pengaliran udara ke bahagian muka. Selain itu, visor dengan optikal kelas pertama dengan ketebalan yang berbeza serta kaya dengan sistem penguncian metal yang membenarkan pemakai helmet untuk melaras visor sekali gus menunggang lebih selamat khususnya pada kelajuan tinggi.

Bercakap tentang visor, sistem ini didatangkan dengan konsep roto-translational yang membolehkan visor dipusingkan dan masuk semula ke tempat asal demi memastikan ia ditutup dengan selamat. Aerodinamik adalah aspek yang sangat penting ketika menunggang motor supersport atau naked bike semasa di atas jalan. Ia membantu penunggang untuk mengesan bahaya lebih awal sekali gus menjadikan ia lebih selamat. Bukan itu sahaja, ia juga membantu penunggang dapat menunggang lebih pantas dan dalam masa yang sama menunggang secara santai.

Helmet SR-GP ini ditawarkan dalam beberapa model termasuk yang terkini seperti Dovi Replica 2020, Hickman Replica, Top Racer dan Legacy. Selain itu, beberapa model yang sudah pun dikeluarkan lebih awal masih boleh didapati termasuk Dovi Rep 2019 With Sponsor, Bagnaia Replica, Gamma Matt Yellow, Gamma Matt Red, Gamma Matt Green, Glory Race, On Board Grey/YLW Fluo Matt, On Board Blue/Red Fluo, Carbon Matt, Carbon Supersonic Matt, Plain Pearl White dan Plain Matt Black.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533

MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100

Emel : info@motorparts.asia

Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/

MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/

Previous Post

Kejar Gelaran Juara Kedua Bersama HI-REV SCK Honda Racing

Next Post

Umum 5 Pelumba Untuk Cub Prix Musim 2021

Next Post

Umum 5 Pelumba Untuk Cub Prix Musim 2021

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved