Helmet “flip-up” Untuk Semua Rider
Helmet jenis “modular” atau juga yang lebih dikenali sebagai “flip-up” merupakan sejenis helmet yang popular untuk ramai penunggang kerana ia dapat memberikan aspek pemakaian yang praktikal serta keselamatan.
Contohnya, kita boleh membuka bahagian depan helmet tanpa membuka terus helmet ketika hendak berhenti sebentar atau buka bahagian depan untuk menyejukkan muka ketika berhenti di lampu isyarat dan sebagainya. Walaupun begitu, ia lebih selamat berbanding dengan helmet “open-face” kerana helmet modular sebenarnya merupakan sebuah helmet “full-face.”
Salah satu helmet modular yang disegani ramai ialah helmet GIVI X.16 Voyager. Helmet ini tetap popular walaupun telah berada di dalam pasaran untuk beberapa tahun kerana ia memberikan keselesaan serta kualiti yang baik kepada penunggang pada harga yang berpatutan.
Antara ciri-ciri GIVI X.16 Voyager:
– Cengkerang Technopolymer (sejenis bahan komposit yang kuat).
– Visor tahan calar.
– Visor anti silau.
– Liang angin di bahagian dagu untuk mengurangkan kabus pada visor.
– Liang udara di atas untuk menyejukkan kepala.
– Liang belakang untuk mengeluarkan udara panas.
– Tali helmet dengan ikatan jenis klip.
– Penutup bahagain bawah dagu untuk mengelakkan pergolakan angin di dalam helmet.
– Padding dalaman yang boleh ditanggalkan untuk dicuci.
– Helmet diluluskan untuk piawaian UN R ECE 22.05.
– Visor pencegah kabus jenis Pinlock dijual secara berasingan.
Penulis sendiri mempunyai sebuah helmet GIVI X.16 Voyager yang sering dipakai ketika menunggang berjelajah jarak jauh di atas motosikal sport-touring, mahupun jenis touring. Helmet ini dipilih kerana cengekerangnya yang besar memberikan lebih banyak kelegaan untuk memasang pembesar suara Bluetooth di dalam.
Selain daripada itu, helmet ini juga didapati tidak bergoyang-goyang ketika menunggang pada kelajuan yang tinggi. Faktor ini sungguh penting untuk mengurangkan tekanan ke atas tengkok penunggang.
Daripada segi keselesaan dalaman pula, padding dalaman agak tebal apabila helmet masih baharu tetapi ia mengikut bentuk muka serta kepala pemakai ini. Oleh itu, penulis tidak pernah merasakan sakit kepala apabila memakainya. Liang-liang angin tersebut ada juga memainkan peranan dan bahagian atas kepala tidak sepanas berbanding dengan beberapa helmet jenama lain.
Secara peribadinya, penulis juga suka kepada visor anti silau itu kerana ia membolehkan helmet ini dipakai ketika siang atau malam.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
GIVI Asia Sdn. Bhd.
No. 11 & 13, Jalan Jasmine, Seksyen BB10,
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung,
48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03 – 6028 3800
Emel : enquiry@givi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/givimalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/givi_malaysia/
Web : https://www.givi.com.my/