Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Harus Dielakkan Oleh Pemilik & Penunggang Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-12-06
in BULETIN, UTAMA
0

Saban hari, kita sering mendengar mengenai kes kemalangan jalan raya berlaku di negara ini. Namun tahukah anda, statistik mendedahkan bahawa lebih 70% kemalangan yang berlaku di jalan raya di Malaysia adalah melibatkan penunggang/pembonceng motosikal sepanjang tempoh 20 tahun. Sebelum itu, artikel kali ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kesalahan yang sering dilakukan pemilik dan penunggang motosikal.

Lapan Kesalahan Utama
– Tiada Lesen Memandu
– Tiada Lesen Kenderaan Motor / Tamat Tempoh
– Tiada Perlindungan Insurans
– Melanggar Isyarat Lampu Lintas (Lampu Merah)
– Ubahsuai Kenderaan Secara Melampau
– Tidak Memakai Topi Keledar
– Lumba Haram
– Kesalahan Lain (Teknikal)

Terdahulu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pernah merekodkan dan memetik laporan media tempatan bahawa pada tahun 2021 turut memaklumkan bahawa secara purata 20% daripada 500,000 kemalangan yang dilaporkan setiap tahun adalah melibatkan kemalangan motosikal. Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menjangkakan berlaku satu kematian setiap dua jam disebabkan oleh kemalangan motosikal di Malaysia.

Pada 2022, 6,080 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya seluruh negara. Tahun lepas, angka meningkat menjadi 6,443 dan sehingga ke tahun 2024 angka itu terus meningkat. Sementara itu, menurut pakar psikologi Malaysia Traffic and Road Safety, Prof Dr Rozmi Ismali menggariskan kenaikan kemalangan motosikal yang drastik dalam kalangan penghantar makanan sejak 2020.

Lebih menyedihkan, kebanyakkan mangsa kemalangan adalah mereka yang baru menamatkan sekolah, mahu mencari pendapatan cepat dengan platform menjadi penunggang penghantar makanan. Disebabkan usia yang masih muda, kebanyakan dari mereka (si penunggang) lebih agresif atau cenderung menunggang dengan laju dan melanggar undang-undang jalan raya kerana mahu mengejar dan membuat lebih banyak penghantaran dalam tempoh tertentu.

Angka ini sebenarnya sangat menyedihkan kerana sesetengah kemalangan mungkin boleh dielakkan jika peraturan jalan raya dipatuhi dan penunggang motosikal juga menunggang motor dengan lebih berhemah, cermat dan bertanggungjawab. Dalam hal tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini telah menggariskan 8 Kesalahan Utama yang sering berlaku kepada pemilik/penungggang motosikal hari ini.

Ops Khas Motosikal telah bermula pada 1 November lepas hingga 31 Disember depan di seluruh negara menyasarkan terhadap penunggang dan pemilik motosikal agar mematuhi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. Hal ini bagi mensasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sukuan ke-3 dan ke-4 bagi tahun 2024.

Strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuas. Pelaksanaan Ops Khas Motosikal juga adalah susulan daripada statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan yang telah direkodkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 kes atau 70% kemalangan.

Tiada Lesen Menunggang/Memandu
Bagi kesalahan menunggang tanpa lesen ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ). Jika di dapati bersalah di atas kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen, anda berkemungkinan boleh dedenda sebanyak RM300 dan motosikal anda boleh disita.

Begitu juga dengan pemilik motosikal yang didapati ingkar dengan membenarkan individu seperti anak atau rakan yang tidak memiliki lessen motosikal turut boleh dikenakan Tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemilik motosikal yang tiada lesen motosikal juga tidak layak untuk membuat tuntutan perlindungan insuran sekiranya berlaku kes kecurian atau kemalangan disebabkan tiada lesen memandu yang sah.

Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) / Tamat Tempoh
Salah satu daripada kesalahan yang sering terjadi kepada penunggang motosikal adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh atau dalam bahasa pasar ‘road tax sudah mati’. LKM atau sering kali kita sebut sabagai RoadTax/Cukai Jalan antara kesalahan yang sering berlaku kepada penunggang motosikal.

Kesalahan tanpa LKM yang sah atau ‘road tax mati’ bagaikan tiada kesudahan. Pemilikatau penunggang motosikal mungkin tidak sedar implikasi yang berlaku sekiranya terjadi sesuatu yang buruk terhadap mereka ketika di atas jalan raya. Untuk info, tempoh pembaharuan LKM atau Road Tax, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya membenarkan pembaharuan antara ENAM (6) bulan atau SATU (1) tahun.

Tiada Perlindungan Insurans
Sama seperti insurans kenderaan lain, insurans perlindungan motosikal bakal membantu melindungi pemiliknya terhadap sebarang liabiliti dari pihak ketiga apabila berlaku kecederaan atau kematian, dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh anda, serta motosikal anda daripada kejadian seperti kebakaran, kecurian dan kerugian atau kerosakan, bergantung pada polisi yang diambil.

Namun untuk mengambil perlindungan insurans, pemilik perlu membuat pembaharuan ke atas Lesen Kenderaan Motor (LKM) terlebih dahalu atau membuat pembaharuan bersama (Lesen Kenderaan Motor & Perlindungan Insurans).

Melanggar Lampu Isyarat (Lampu Merah)
Kesalahan melanggar lampu isyarat merah dikesan sebagai Kesalahan Utama terutamanya bagi penunggang motosikal termasuk penunggang P-Hailing selain cuai ketika masuk atau keluar dari persimpangan. Selain itu, kesalahan lain yang perlu diberi perhatian adalah terbabas sendiri, menunggang melawan arus, membuat pusingan U secara haram dan menunggang motosikal sambil memegang telefon bimbit.

Untuk kesalahan melanggar lampu isyarat merah, ia merupakan kesalahan utama dan ia sering dilakukan oleh penunggang motosikal serta boleh menyebabkan kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa. Kesalahan melanggar lampu isyarat merah juga boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM 300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959).

Ubahsuai Kenderaan
Kebanyakan pemilik motosikal hari ini dilihat gemar melakukan pengubahsuaian terhadap jentera mereka. Apa Pengubahsuaian motosikal ini pula banyak melanggar atau mengubah ciri-ciri asal motosikal terbabit. Ada pengubahsuaian yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tetapi harus diingat bahawa pengubahsuaian yang dibenarkan tidak melanggar atau mengubah ciri-ciri asal motosikal terbabit.

Antaranya seperti penukaran cover set pada motosikal atau penggunaan disk brek daripada jenis drum kepada jenis cakera dibenarkan oleh pihak JPJ sekiranya tidak terlalu menonjol seperti saiz yang agak besar dan cukup ketara. Begitu juga dengan tambahan aksesori juga dibenarkan selagi penambahan (komponen) itu tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal serta tidak membawa kemudaratan kepada si penunggang dan pengguna kenderaan lain.

Tidak Memakai Topi Keledar
Kesalahan ini sering kali dianggap remeh oleh sebahagian pengguna motosikal. Sekali pun perjalanan anda agak dekat seperti ke kedai, ia menjadi sebagai salah satu kesalahan utama dan disenaraikan di tangga ke enam. Pemakaian topi keledar dan tujuan ianya dihasilkan mempunyai sebab tertentu. Komponen (topi keledar) dibina untuk melindungi kepala daripada menghadapi kecederaan yang parah sekiranya berlaku atau terbabit dalam kemalangan.

Biasanya, ramai yang enggan memakai topi keledar terutamanya apabila menunggang motosikal di sekitar kawasan rumah atau di kawasan kampung-kampung. Janganlah amalkan sikap begitu. Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja, jadi tidak salah jika anda bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Lumba Haram
Aktiviti perlumbaan haram atau lumba haram adalah satu pertandingan atau perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri.

Kesalahan Lain (Teknikal)
Kesalahan dalam senarai ke-8 banyak bergantung kepada beberapa kesalahan kecil seperti nombor pendaftaran terlalu ‘fancy’, huruf dan angka tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Terdapat juga pemilik motosikal kapcai mahupun jentera besar lebih gemar tidak memasang cermin pandang belakang. Begitu juga dengan aspek keselamatan seperti tayar yang sudah ‘botak’ atau tayar ‘sotong’ turut mendorong berlakunya kemalangan.

Selain itu, kesalahan seperti lampu depan dan belakang tidak berfungsi (menyala), tidak memberi lampu isyarat untuk memasuki simpang turut diberi penekanan.

Previous Post

Tampil Lebih Bergaya dan Praktikal, Harga Bermula Dari RM6,090

Next Post

Harap Netizen Cipta Satu Nama - KOJEQ

Next Post

Harap Netizen Cipta Satu Nama - KOJEQ

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved