Harga runcit RON95 dan RON97 naik sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.69 dan RM1.99. Sementara harga diesel pula naik 9 sen seliter daripada RM1.77 seliter kepada RM1.86 seliter. Harga baharu yang bermula pada jam tengah malam ini berkuat-kuasa untuk tempoh 27 Jun hingga 3 Julai ini.
Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan harga itu dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini. Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia. Di samping mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ
Gambar : The Vocket