Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Harga Rasmi Bermula Dari RM35,888.

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-05-18
in BULETIN, UTAMA
0

QJMotor SRK600 secara rasminya telah dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan harga rasmi bermula RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Motosikal sesaran enjin 600cc ini diedarkan melalui syarikat automotif nasional, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. selaku pegedar eksklusif jenama QJMotor di Malaysia dan hadir dengan dua warna pilihan; Flaming Red dan Pearl White.

QJMotor SRK600 memiliki enjin 4-silinder sebaris, 16-injap dengan teknologi DOHC yang mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 80.5Hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 55Nm pada 8,000rpm dengan bunyi deruman enjin yang mengaum. Dengan enjin 4-silinder sebaris juga, ia menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahan api dan kuasa. Selain itu, ia menjadikan QJMotor SRK 600 lebih seimbang dengan pengagihan berat yang sama.

Brek hadapan dan belakang motosikal ini dilengkapi dengan ABS dwi-saluran dan kaliper Brembo untuk keselamatan maksimum semasa membrek. Bagi suspensi pula, bahagian hadapan menggunakan teleskopik terbalik Marzocchi manakala belakang menggunakan lengan hayun dari jenama yang diyakini iaitu Kayaba (KYB) yang menawarkan serapan hentakan yang lebih baik dan lebih tepat, serta menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik.

Asas QJMotor SRK600 diperbuat dari rangka jenis trellis yang jauh lebih ringan dan membantu untuk meningkatkan prestasi motosikal. Bukan itu sahaja, QJ Motor SRK600 mempunyai sistem Assist & Slipper Clutch menjadikan ianya lebih selesa dan menyeronokkan untuk ditunggang di kawasan-kawasan bandar.

Motosikal jenis naked street ini memiliki reka bentuk moden dan sporty dan turut mempunyai ciri-ciri yang terkini dan memudahkan penunggang. Antaranya SRK600 menggunakan sistem pintar tanpa kunci yang memberikan lebih keselesaan kerana penunggang cuma perlu menyimpannya di dalam poket dan memulas konsol motosikal untuk menghidupkan enjin. Selain dari keselesaan, sistem ini memberikan kelebihan dari segi keselamatan kerana kunci ini hanya boleh digunakan dalam jarak lingkungan 3-meter sahaja.

Dari segi panel paparan pula, QJMotor SRK600 menggunakan jenis TFT bersaiz 5 inci dimana para penunggang diberi tiga mod pilihan; siang, malam ataupun auto. Bagi mod auto, skrin ini akan berubah mengikut keamatan atau kecerahan cahaya tanpa mengira cuaca ataupun kelajuan semasa menunggang. Skrin jenis TFT sangat membantu dalam memaparkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.

QJMotor SRK600 menggunakan lampu LED penuh yang membantu menerangi jalan raya dengan baik terutamanya ketika gelap. Kemudian, untuk penunggang jauh, SRK600 mempunyai tangki bahan api bersaiz 15-liter yang membuatkan anda mampu menunggang dengan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk pengisian semula.

QJMotor SRK600 boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan Jun. Dengan setiap pembelian QJMotor SRK600, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Kekalkan Kecemerlangan Di Tangkak!

Next Post

Khusus Untuk Streetfighter V2

Next Post

Khusus Untuk Streetfighter V2

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved