Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Harga Marhaen, Kualiti Bukan Main-Main, Jadi Rujukan Jenama-jenama Lain!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-11-09
in BULETIN, UTAMA
0

Sudah berdekad-dekad usianya, helmet MS88 tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia walau diancam persaingan hebat jenama-jenama lain dengan penampilan unik serta dilengkapi bermacam-macam ciri terkini. Tidak goyang dengan angin perubahan, MS88 masih mengekalkan gaya penampilan yang cukup ringkas tetapi dikenali segenap lapisan masyarakat khususnya penunggang motosikal dari golongan muda sehinggalah generasi yang sudah berusia.

Sebuah helmet lagenda yang ikonik, MS88 kekal menetap dalam hati kalangan penunggang motosikal. Biarpun berpenampilan ringkas tetapi kualitinya menerima pengesahan dari SIRIM yang dijamin selamat digunakan. Diperbuat dari material yang kukuh, menjadikan helmet MS88 ini tahan lasak dan tahan lama. Tidak hairanlah ada penunggang motosikal yang lebih gemar memakai helmet MS88 yang sudah bertahun-tahun berada dalam simpanan.

Tanpa mengira jenis motosikal yang ditunggang, skuter mahupun kapcai, helmet MS88 sesuai dipakai dan dapat dilihat melindungi para penunggang di sepanjang jalan. Ada yang mengekalkan penampilan asalnya dan ada juga yang mengubahsuai mengikut kesesuaian masing-masing. Tidak melampau kalau dikatakan yang pemilik MS88 sangat kreatif dalam menghias helmet ikonik ini. Dibeli pada harga murah tetapi boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri dan menjadikan ia helmet yang sangat fleksibel!

Bukan cakap kosong dan tidak perlu pun untuk bercerita lebih tentang MS88 kerana kehadiranmya dapat dirasakan serta mudah ditemui di mana-mana sahaja. Dari Utara sehingga Selatan Malaysia, MS88 ini sedia menjadi peneman dan pelindung yang setia di sepanjang perjalanan. Kalau anda kerap mengikuti program permotoran, pasti dapat melihat kehadiran MS88 ini samada di Santai Anak Muda atau Segamat Bike Day. Pendek kata, di mana ada motor di situlah ada helmet MS88!

Previous Post

Khas Untuk Model Kawasaki, Kadar Lebih Rendah Dan Mudah

Next Post

Bermula Awal Pagi, Cabutan Bertuah Lima Kali!

Next Post

Bermula Awal Pagi, Cabutan Bertuah Lima Kali!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved