Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Harga Bermula Dari RM35,888.00, Boleh Didapati Di Semua Pengedar Sah WMoto seluruh Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-15
in BULETIN, UTAMA
0

JIKA anda seorang pencinta motosikal klasik dan dalam masa yang sama masih tercari-cari jentera yang sesuai dengan bajet kewangan, WMoto Bobbie VII adalah jentera yang paling ideal dan memenuhi dengan citarasa serta komitmen anda.

Dibawakan oleh, syarikat pemasangan motosikal tempatan, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini model Bobbie VII dipertontonkan kepada pengamal media dan ahli kelab yang bernaung di bawah syarikat itu bersempena dengan majlis pembukaan rasmi MForce Smart Shop Kajang oleh CA Cycle Advance (Kajang) Sdn. Bhd.

Menyentuh mengenai model WMoto Bobbie VII, jentera klasik itu dipadankan dengan enjin bersesaran 693cc, 2 silinder dan 4-lejang yang dapat menghasilkan kuasa maksimum 74Hp pada 8,500rpm dan 64Nm pada 6,500rpm. Seiring dengan perkataan “Lagenda Klasik”, WMoto Bobbie VII hadir dengan penggayaan lampu utamanya yang berbentuk bulat sekaligus menyerlahkan aspek utama pengayaan sebuah jentera dengan unsur klasik.

Meskipun menampilkan unsur-unsur sebegitu, model ini turut tidak ketinggalan menggunakan teknologi bertaraf moden pada bahagian tertentu. Antaranya penggunaan sistem pencahayaan lampu jenis LED penuh di hadapan dan juga belakang serta lampu isyarat yang terang meskipun menunggang di bawah pancaran matahari yang terik.

Selain itu juga, WMoto Bobbie VII menggunakan paparan meter jenis digital sekali gus memberikan anda segala informasi penting yang diperlukan. Demi keselamatan penunggang, Bobbie VII dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran. Menarik mengenai model ini, terdapat pengecas USB yang tersedia untuk mengecas gajet anda.

Sesuai dengan reka bentuknya, ukuran itu tidak sekadar terletak ke atas imejnya sahaja malah pelana tempat duduk juga menampilkan ciri-ciri klasik. Bukan sahaja selesa untuk satu perjalanan yang jauh, pelana WMoto Bobbie VII turut diperbuat dari bahan yang berkualiti, dan ia juga boleh dilaras ketinggiannya mengikut ketinggian penunggang.

Menambahkan lagi unsur klasik dan mewah, adalah logo “BOBBIE” berwarna emas turut dipahat pada tempat duduk penunggang dan juga penumpang. Anda juga tidak perlu risau untuk menunggang jentera ini ketika aktiviti hujung minggu, kerana tangki bahan api untuk model ini cukup besar.

Untuk ruang tangki bahan api pada WMoto Bobbie VII, ia memiliki kapasiti seluas 15-liter yang membuatkan penunggang dapat menikmati perjalanan mereka tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak untuk pengisian semula.

Harga permulaan bagi model ini adalah RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. WMoto Bobbie VII hadir dengan dua warna pilihan; Matte Black dan Metallic Black. WMoto Bobbie VII ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah WMoto seluruh Malaysia.

Dengan setiap pembelian WMoto Bobbie VII, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Boon Siew Honda Lancarkan Skuter Sporty Baharu Pada Harga RM7,080

Next Post

Santai Demi Ukhuwah Dan Persahabatan Dalam Minat Terhadap Dunia Permotoran

Next Post

Santai Demi Ukhuwah Dan Persahabatan Dalam Minat Terhadap Dunia Permotoran

CAPAIAN

  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved