Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hafizh Syahrin Terselamat Kemalangan Dahsyat Di MotoGP Austria

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-08-17
in BULETIN, UTAMA
0

Hafizh Syahrin Terselamat Kemalangan Dahsyat Di MotoGP Austria

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dilaporkan mengalami lebam pada bahagian pinggul selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan di awal perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring-Speilberg. Pelumba pasukan Aspar berusia 26 tahun itu dikejar ke pusat perubatan di litar tersebut dalam keadaan sedar selepas kemalangan itu.

“Lebam di bahagian pinggul tetapi imbasan pertama tidak menunjukkan keretakan besar. Dia akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” menurut tweet MotoGP.

Insiden kemalangan itu berlaku selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini hilang kawalan di selekoh pertama dan terjatuh dengan meninggalkan jenteranya di tengah laluan sebelum Hafizh gagal mengelak dan melanggar motosikal pelumba Itali itu. Kemalangan itu menyebabkan Hafizah melambung tinggi di udara dan jenteranya berkecai.

Dato’ Razlan Razali ketika mengunjungi Hafizh Syahrin – Gambar FB Dato’ Razlan Razali

Kemalangan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) dan perlumbaan itu terpaksa dikibarkan bendera merah sebelum saingan dipendekkan kepada 13 pusingan.

Sementara itu, pengasas pasukan, Jorge Martinez berkata amat menakutkan untuk melihat kemalangan itu tetapi doktor menyatakan Hafizh, yang dikenali sebagai ‘El Pescao’, sentiasa dalam keadaan sedar dan tiada sebarang kesan pada bahagian kepala.

“Mereka telah menjalankan pemeriksaan ultrasound pada bahagian perut serta imbasan CT seluruh badan dan pelumba itu tidak mengalami sebarang keretakan tulang. Mereka membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kami gembira untuk mengumumkan bahawa pelumba itu sihat selepas kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali berkata pelumba itu berada dalam keadaan sedar dan hanya mengalami lebam. — BERNAMA

Previous Post

Motosikal Pelagak Ngeri Meletup Ketika Penggambaran

Next Post

Kawasaki Ninja 400, Prestasi Tahap Legenda

Next Post

Kawasaki Ninja 400, Prestasi Tahap Legenda

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved