Baharu sahaja dilancarkan model Yamaha Ego Gear Pro pada November lepas di Terengganu, kini Yamaha hadir dengan warna baharu, Yamaha Ego Avantiz pula. Tampak seakan sama, namun banyak ciri membezakan antara kedua-dua model terbabit.
Untuk info, Yamaha Ego Avantiz dikuasakan dengan enjin silinder tunggal 125cc, sejukan udara SOHC yang menghasilkan kuasa 7.0 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 9.6 Nm pada 5,500 rpm.
Ekzos Bergaya
Perendam bunyi (ekzos) yang bergaya sesuai dengan kehadiran keseluruhan model Yamaha Ego Avantiz yang tampil agresif dan elegan.


Ruang Simpanan
Kotak storage di bawah tempat duduk tersedia dengan keluasan 14L yang mampu menyimpan barangan peribadi anda termasuk topi keledar.
Sistem Kunci Ketika Parking
Ciri keselamatan tambahan ini menjadikan Ego Avantiz sesuatu yang Istimewa. Ini membolehkan anda meletakkan motosikal pada kedudukan yang tidak rata samada ketika enjin hidup atau tidak beroperasi.

Lampu Depan Dengan Imej Agresif
Lampu hadapan Ego Avantiz dipadankan dengan lampu jenis LED untuk menyesuaikan perjalanan anda pada bila-bila masa sepanjang hari.
Lampu Belakang Yang Menawan
Lampu brek belakang direka dalam bentuk moden dan bergaya. Ia membantu penunggang aspek keselamatan dengan memancarkan cahaya yang kuat untuk penglihatan maksimum kepada kenderaan lain.
Panel Meter
Di bahagian panel meter, model Ego Avantiz tampil dengan rekaan lebih baharu , menyala apabila keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api dicapai.


Kini, model yang cukup popular di bandar-bandar besar tampil dengan tiga warna baharu antara Hitam, Biru dan Hijau.
Yamaha Ego Avantiz 2026 dengan pilihan warna baharu boleh didapati di semua kedai pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pada 12 Januari 2026 dengan harga yang disyorkan RM 5,998.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).






























