Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Hadir Dalam Dua Warna, Ditawarkan Pada Harga Bermula Dari RM8,888

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-08-05
in BULETIN, UTAMA
0

Peminat minimoto di Malaysia pastinya tidak sabar untuk memiliki QJMotor SRF15 2024 yang sudah pun tiba di pasaran tempatan. Ditawarkan dengan harga yang sangat kompetitif iaitu bermula dari RM8,888. Harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Setiap pembelian SRF15 turut disertakan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km terhadap sebarang kerosakan pengeluaran.

Minimoto SRF15 ini hadir dalam dua pilihan warna menarik – merah dan perak. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Benelli TnT135 yang sudah pun berada di pasaran pada tahun 2020. Kini, ia memasuki pasaran Malaysia sebagai produk jenama QJMotor. SRF15 dilengkapi dengan enjin sejukan udara, silinder tunggal SOHC dengan kapasiti 150 cc. Dikuasakan oleh sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), SRF15 mampu menghasilkan kuasa sebanyak 13.14 hp pada 9,000 rpm dan tork maksimum 12 Nm pada 7,000 rpm, disalurkan melalui kotak gear lima kelajuan dan pacuan akhir rantai.

Untuk suspensi, SRF15 menggunakan fork terbalik di bahagian hadapan dan monoshock boleh laras pramuatan di bahagian belakang, dengan roda berukuran 12 inci yang dipadankan dengan tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera hidraulik berdiameter 200 mm di hadapan dan cakera 190 mm di belakang.

SRF15 juga dilengkapi dengan lampu LED sepenuhnya dan panel instrumen LCD yang memaparkan semua maklumat penting. Berat minimoto ini adalah 124 kg dan ia mempunyai tangki bahan api berkapasiti 7.2 liter. Dengan reka bentuk yang moden dan spesifikasi yang mantap, QJMotor SRF15 adalah pilihan ideal bagi peminat minimoto di Malaysia yang mahukan kenderaan berkuasa tetapi tetap bergaya.

Previous Post

Pembukaan Rasmi Cawangan Ketiga Berlangsung Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti

Next Post

Dominasi EV, Kelestarian dan Inovasi

Next Post

Dominasi EV, Kelestarian dan Inovasi

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved