Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Guzzi Norge 1200 pilihan Wan Shairi

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-31
in SHOW OFF, UTAMA
0

Apa yang bermula sebagai hobi masa lapang telah mengubah seluruh kehidupan beliau secara total. Wan Shairi Wan Ahmad, 41 tahun yang kini terlibat sepenuhnya dalam perniagaan agensi pelancongan yang menumpukan sektor Indonesia bermula dengan hobi suka-suka sahaja. Minatnya mengembara telah membolehkan beliau menubuhkan WSF Travel & Tour yang kini beroperasi di pejabat urusan di Gombak, Selangor.

Beliau membesar dengan persekitaran seperti anak muda biasa, bermula dengan motosikal pertama Honda Cub EX5. Sebaik memasuki dunia pekerjaan, motor idaman pertamanya berjaya dimiliki iaitu Kawasaki Vulcan 750cc Classic. Setia bersama easy rider ini bertahun lamanya dan hanya membeli sebuah sport touring kira-kira 2 tahun yang lalu. Motosikal pilihannya ialah Moto Guzzi Norge 1200, sangat jarang, aneh dan saya yakin ramai antara kita pun pertama kali sedar kewujudan makhluk ini.

Moto Guzzi Norge 1200 ialah salah satu sport touring ‘underground’ yang jarang sekali mendapat liputan dunia automotif. Sebagai pengilang motosikal kecil, Moto Guzzi cuba melahirkan sesuatu yang berbeza berbanding kebiasaan sports touring dalam kelasnya. Ia bersaing dengan BMWR1200RT dan Kawasaki GTR 1400 dan walaupun tewas dari segi populariti, ia menang dari segi eksklusiviti dan harga. Hanya yang betul-betul purist akan membeli model ini kerana membelanya bukanlah semudah RT, hari ni rosak, besok boleh repair.

Didatangkan dengan enjin V T-Win sejukan udara, Moto Guzzi melahirkan sesuatu yang kontras dalam industri sports touring. Tidak dinafikan, ia bukanlah motosikal dalam senarai mainstream, justeru ia dilihat lebih eksklusif berbanding pesaingnya dan itu jugalah yang menarik minat Wan Shairi untuk memilikinya.

Dengan suspensinya yang cukup lembut, pelana yang lebar dan selesa di samping sepasang kotak mengisi barang yang praktikal, jentera ini telah membawanya berkelana ke seluruh pelusuk negara. Baik urusan kerja atau berkonvoi bersama rakan, Norge ini ternyata tidak menghampakannya, tidak meragam dan mudah diselenggara.

Beliau juga pernah mengembara dalam program Ride Borneo pada bulan Mac 2015 dari Kota Kinabalu, Brunei dan Kuching, Sarawak. Selain daripada mengembara, Wan Shairi juga telah berjaya menganjurkan salah satu karnival permotoran terbesar tanahair. 2 Wheel Festival adalah salah satu karnival tahunan yang mendapat sambutan cukup menggalakkan di kalangan pencinta 2 roda tempatan.

Wan Shairi juga aktif dalam persatuan dan merupakan ahli jawatankuasa bagi Friendly Bikers Group yang juga aktif dalam menjalankan aktiviti permotoran tempatan.

Memandangkan minat dan kerjayanya tidak dapat berjalan serentak dek kesibukan kerja, Wan Shairi telah cuba mencuri masa dengan program ride unik. Beliau dengan beberapa kenalan rapat telah menyewa motosikal di Jepun dan mengembara ke gunung Fuji buat pertama kalinya. Tanpa disangka, ia mendapat respons positif!

Beliau sentiasa mencari peluang dalam kesibukan kerja. Beliau yang juga seorang bapa ini telah meneroka bidang yang sama dengan penganjuran bersama acara terkenal MotoGP pusingan Malaysia di Sepang. Buat pertama kalinya, WSF Travel berjaya mendapat anugerah Best Local Agent untuk MotoGP 2015. Pencapaian yang cukup membanggakan bagi agensi tempatan dengan status Bumiputera memandangkan beliau turut bersaing dengan agensi yang jauh lebih besar dan berpengalaman.

Ketika berbual dengannya dan telefon yang tak henti berdering, saya terinspirasi. Memang bagus berada dalam situasi di mana kita dapat selarikan kerja dan hobi. Kerja menjana pendapatan dan hobi yang mendatangkan duit juga. Indahnya hidup, kan?

Previous Post

Diablo Rosso III

Next Post

Welly Advance Bikers

Next Post

Welly Advance Bikers

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved