Piaggo adalah pengeluar kenderaan dua tayar nombor 1 di pasaran Eropah dan kekuatannya datang dari Vespa. Kini, Piaggo meraikan ulang tahun ke-75 Vespa. Mengimbas kembali sejarah, boleh dikatakan Vespa masih setia dengan rekaan asalnya begitu juga konsep mekanikalnya. Hanya sedikit perubahan yang dilakukan ke atas Vespa seperti kerangka dan enjin serta kotak gear.
Edisi istimewa sempena ulang tahun ke-75 Vespa ini didatangkan dengan gred warna kuning metalik dengan logo 75 di bahagian belakang dan fender depan. Edisi khas ini juga dilengkapi dengan beberapa ciri yang lebih eksklusif seperti tempat duduk dari kulit nubuck yang telah diperkemaskan dengan cukup cantik.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan roda aluminium kelabu gelap bersama aloi yang dikilatkan serta cowl hadapan krom, pemapar instrumen TFT 4.3 inci dan cermin pandang belakang krom serta beberapa lagi perincian lain. Sebagai tambahan, rak belakang turut disertakan dengan beg kulit seperti tayar lama. Beg ini mudah ditanggalkan dari rak dan didatangkan dengan pemegang dan tali agar mudah dibawa.
Setakat ini, kesemua model Vespa untuk edisi ulang tahun ke-75 ini boleh didapati di Amerika Syarikat bermula dari May 2021.
Sumber : Cycleworld.com