Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Givi Antartica; Revolusi Baharu Kotak Simpanan Givi, RM420, KAPASITI 42 LITER

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-17
in BULETIN, UTAMA
0

Givi Antartica; Revolusi Baharu Kotak Simpanan Givi RM420, KAPASITI 42 LITER

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka di dunia, GIVI baru-baru ini melancarkan revolusi baru kotak simpanan yang diberi nama “The Antartica” B42N Monolock Top Case. Penghasilan GIVI Antartica itu adalah daripada hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan dan menyeluruh yang telah dijalankan sejak puluhan tahun dahulu.

Sama seperti produk GIVI yang lain, penyelidikan tersebut adalah melalui interaksi dengan penunggang motosikal seterusnya menjadikannya kotak simpanan polimer terbaik yang belum pernah dihasilkan. Dari segi spesifikasi fizikal reka bentuk, GIVI tampil dengan reka bentuk baru yang dinamik dan elegan. Aspek keselamatan merupakan tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi.

Oleh itu, tambahan elemen prismatik reflektif di setiap empat penjuru bahagian hadapan dihasilkan bagi meningkatkan tahap penglihatan penunggang terhadap orang lain ketika berada di atas jalan raya. Dengan kapasiti 42 liter, kotak simpanan ini mempunyai ruangan yang besar dan mampu memuatkan sehingga dua buah helmet jenis demi-jet atau satu topi keledar modular.

Selain itu, “Antartica” B42N juga menampilkan ‘Sistem Micro 3 Locking’ yang merupakan sistem penguncian generasi masa kini. Ianya membolehkan para penunggang mengunci kotak simpanan tersebut dengan lebih efisien serta selamat. Seperti semua kotak simpanan GIVI polimer, B42N dihasilkan daripada Polypropylene (PP) kelas tertinggi. Penggunaan jenis bahan mentah, campuran serta teknik ‘Injection’ merupakan hak milik GIVI yang telah digunakan bertahun lamanya bagi memastikan struktur rupa bentuk yang lebih kukuh, serta selamat sekali gus menyamai sebagai perkhidmatan jenama yang dipercayai sejak tahun 1978.

Menurut Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee menjelaskan, “Kami melihat E43 menjadi salah satu kotak simpanan yang paling popular di kalangan penunggang motosikal terutamanya di Malaysia. Kapasitinya yang besar membolehkan mereka membawa barang dalam kuantiti yang banyak. Penunggang dari semua jenis motosikal tanpa mengira saiz atau kuasa motosikal itu sendiri kini boleh memilih GIVI Antartica untuk motosikal mereka” ujar On pada majlis pratonton kotak penyimpanan terbaharu di kilang GIVI Bukit Beruntung.

Maka melalui ini, terhasilnya Antartica model B42N ini yang mempunyai ukuran kapasiti 42 liter, berbentuk segi empat, tetapi telah diolah kepada reka bentuk revolusi baru yang juga ditambah dengan elemen tahap penglihatan yang lebih sempurna. GIVI Asia adalah ibu pejabat serantau untuk operasi GIVI di Asia. Syarikat itu juga menguruskan lebih daripada 20 rangkaian pengedar bebas di seluruh Vietnam, Indonesia, Jepun, Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Thailand.

Pengarah Operasi Luar Negara GIVI Groups, Encik Joseph Perucca bagaimanapun yakin bahawa produk ini akan memberi impak yang baik, walaupun dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar ini.

“Kedudukan kami yang kukuh di pasaran dan pengetahuan pelanggan tentang produk kami telah dicapai secara berterusan sejajar dengan tujuan utama kami untuk terus berinovasi, memanfaatkan pengalaman serta pengetahuan kami untuk mencari penyelesaian dan cadangan baru bagi meningkatkan pengalaman yang terbaik buat penunggang motosikal.”

“Kekuatan gabungan pejabat R&D kami di Malaysia, Brazil dan Vietnam, yang diterajui inspirasi oleh Ibu pejabat di Itali telah memangkin semangat kami untuk terus berusaha menginterperasikan perubahan kehendak dan keperluan pelanggan serta mengubahnya dalam bentuk realiti yang nyata dan kukuh, berdasarkan kualiti, perkhidmatan dan jangka hayat.

“Mengikut peredaran masa serta kehendak masa kini, kombinasi reka bentuk Antartica yang tahan lasak serta berpenjuru ini, nyata telah menambah tonggak yang lebih jauh buat koleksi kami.”

Model Antartica B42N akan mulai berada dipasaran tempatan pada Ogos ini dan bagi mereka yang mahukan kotak penyimpan baharu ini, anda boleh terus ke GIVI Points atau pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh dunia.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Previous Post

20 Motosikal Termahal Di Dunia

Next Post

Harga RON95, RON97, Diesel Kekal!

Next Post

Harga RON95, RON97, Diesel Kekal!

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved