Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gaya Premium & Sporty, Pada Harga RM8,888

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-07-22
in BULETIN, UTAMA
0

Selepas lebih sebulan sejak ia diperkenalkan sempena Malaysia Bike Show (MForce MotoXperience 2026) pada 29 Mei 2026 bersama 15 model baharu yang dilancarkan untuk pasaran tempatan, akhirnya model WMoto Griffin 205 secara rasmi boleh dilihat secara dekat oleh peminat motosikal tanah air melalui pengedar rasminya, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Pelancaran rasmi model berkuasa 205cc ini ke pasaran diraikan pada satu majlis bersempena perasmian satu lagi MForce Smartshop di Perak apabila ia berlangsung Kedai Motor Yoon Loi di Pusing. WMoto Griffin 205 dikuasakan oleh enjin 198cc satu silinder, 4 lejang, 4 injap dengan sistem penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 14.5 kW pada 8,250 rpm dan tork maksimum 17.5 Nm pada 6,500 rpm, dengan nisbah
mampatan 11.6:1.

Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 65 × 59.9 mm, dipadankan bersama transmisi CVT serta sistem klac automatik bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif. Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), sistem pencucuhan ECU, pendikit mekanikal serta sistem penghidup elektrik memastikan prestasi enjin yang cekap dan konsisten. Tangki bahan api berkapasiti 11liter pula menyokong perjalanan yang lebih jauh dengan lebih praktikal.

Bagi sistem suspensi, WMoto Griffin 205 dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian hadapan serta penyerap hentak berkembar di bahagian belakang, menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang di pelbagai keadaan jalan.

Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera brek tunggal di bahagian hadapan dan belakang, yang dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran, sekali gus memberikan keyakinan serta tahap keselamatan yang lebih tinggi ketika membrek.

WMoto Griffin 205 menggunakan tayar bersaiz 100/80-14 di hadapan dan 120/70-14 di belakang. Skuter ini mempunyai dimensi keseluruhan 1,970 mm panjang, 700 mm lebar dan 1,350 mm tinggi, dengan jarak roda adalah 1,350 mm.

Kedudukan jentera ini tidak terlalu tinggi kerana ketinggian tempat duduk 790 mm, kelegaan bumi 100 mm, berat kering 126 kg serta mampu menampung berat maksimum sehingga 276 kg, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan yang lebih selesa.

Dari segi kelengkapan, WMoto Griffin 205 dilengkapi dengan paparan meter TFT, port pengecas USB Type-A dan Type-C, suis keselamatan tongkat sisi serta suis kawalan pada bahagian kiri hendal yang memudahkan pengendalian.

Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya, merangkumi lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan. Turut disediakan ialah butang isyarat kecemasan (Emergency Signal Button) bagi meningkatkan tahap keselamatan ketika menghadapi situasi kecemasan.

Bagi meningkatkan pengalaman tunggangan, WMoto Griffin 205 turut dilengkapi dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktifkan, kamera hadapan yang menyokong aplikasi pihak ketiga Road Cam, serta kesambungan aplikasi Carbit Ride yang tersedia untuk peranti Android dan iOS.

Selain itu, model ini turut menawarkan ruang simpanan hadapan di sebelah kiri, bateri gel 12V 8Ah, winglet, ekzos sporty, penapis minyak jenis oil strainer serta Body Stabilizer, yang menyumbang kepada kestabilan, keselesaan dan penampilan yang lebih dinamik.

Dengan gabungan prestasi enjin yang responsif, reka bentuk crossover moden, ciri keselamatan terkini serta pelbagai teknologi dan kelengkapan praktikal, WMoto Griffin 205 menawarkan sebuah skuter yang lengkap bagi memenuhi keperluan penunggang Malaysia untuk kegunaan harian mahupun tunggangan santai.

Dengan setiap pembelian mana-mana model WMoto Griffin 205, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Ditawarkan pada harga RM8,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, WMoto Griffin 205 hadir dalam empat pilihan warna menarik iaitu Glacier Grey, Action Blue, Xtreme White dan Nitro Red, menyerlahkan karakter skuter “crossover” yang moden, sporty dan sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak sederhana.

Previous Post

Tampil Garang Pada Harga RM32,700, Didatangkan Bersama Tiga Tahun Jaminan Tanpa Had Perbatuan

CAPAIAN

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved