Jenama motosikal tempatan terkemuka, Aveta Malaysia, terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran skuter premium dengan memperkenalkan warna baharu Twilight Blue bagi model popular Vanguard 250 SE. Penambahan ini memberi sentuhan segar dan bergaya kepada model berkuasa 250cc tersebut, menonjolkan imej yang lebih moden dan berprestij.

Kemasan metalik Twilight Blue diilhamkan daripada perubahan warna langit senja, melambangkan kecanggihan dan keperibadian dinamik. Warna ini tampil unik seperti sesumpah, berubah halus antara ungu, biru dan hijau apabila terkena cahaya matahari. Menjadikan Vanguard 250 SE bukan sekadar kenderaan, tetapi pernyataan gaya yang eksklusif.
Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Twilight Blue bukan sekadar tambahan warna baharu tetapi simbol kepada semangat inovasi Aveta. Warna ini dibangunkan hasil maklum balas penunggang yang mahukan penampilan lebih menyerlah dan berkilau, sejajar dengan cita rasa penunggang masa kini yang menghargai keseimbangan antara prestasi dan gaya.

Aveta Malaysia baru-baru ini turut menerima pengiktirafan antarabangsa daripada TARO, apabila dinobatkan sebagai Global Key Sales Partner bagi model Vanguard 250. Satu pengiktirafan berasaskan prestasi jualan cemerlang dalam rangkaian global TARO. Kejayaan ini menegaskan kemampuan Aveta bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di persada antarabangsa sebagai jenama motosikal Malaysia yang berdaya saing.
Langkah memperkenalkan Twilight Blue turut menambah tarikan pada model Vanguard 250 SE, yang kini menjadi satu-satunya varian dalam rangkaian tersebut selepas versi Standard dihentikan. Dengan harga jualan asas (BSP) yang sama seperti warna terdahulu, model ini terus menawarkan kombinasi kuasa, keselesaan dan kawalan yang sinonim dengan Aveta.

Model Vanguard 250 SE Twilight Blue kini telah mula berada di pasaran. Pengedar pilihan dan pengedar utama akan menerima stok terlebih dahulu sebelum pengedar sah biasa. Pelanggan yang ingin melihat sendiri keanggunan warna baharu ini boleh mengunjungi senarai pengedar di laman rasmi Aveta: www.aveta.com.my/aveta-preferred-dealers. Twilight Blue kini kekal sebagai warna tetap dalam barisan Vanguard 250 SE, evolusi elegan bagi skuter premium buatan Malaysia.
















