Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gaya Klasik Amerika Ikon Terbaharu WMoto

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-13
in BULETIN, UTAMA
0

Jenama motosikal WMoto yang sering dikenali pada model-model segmen motosikal kapcai seperti VE110 dan WM110 dan sebuah motosikal klasik iaitu Cub Classic kini mengorak langkah besar apabila memperkenalkan motosikal jenis “Cruiser” V16 ke pasaran tempatan.

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar dan pengeluar tunggal WMoto di Malaysia pada pelancaran model motosikal ini secara maya, menyifatkan model V16 nyata memenuhi citarasa peminat-peminat motosikal tempatan terhadap model klasik yang bertaraf Amerika.

V16 dijanakandengan enjin 4-lejang bersesaran 249cc ini mampu mencapai kuasa setinggi 19hp pada 8,000 rpm dan 19Nm pada 6,000 rpm. Model ini juga turut dilengkapi enjin silinder V-berkembar 60 darjah bagi penghasilan bunyi deruman yang lebih garang serta pembakaran bahan api yang lebih efisien.

Selain itu, ia turut dibekalkan dengan tangki bahan api berkapasiti 14-liter sekaligus mampu menggerakkan jentera V16 melangkaui perjalanan sejauh lebih 300km dengan sekali isian penuh. Antara ciri-ciri istimewa pada motosikal klasik ini adalah konsep dwi ekzos paip lurus dengan kemasan krom yang menonjolkan lagi reka bentuk eksklusif V16 serta diihadiri dengan perendam bunyi.

Berbeza dengan motor “Cruiser” lain yang boleh mencecah berat sehingga 400kg, WMoto telah mengeluarkan V16 yang hanya seberat 165kg sahaja bagi menjadikan ia satu jentera dengan pengendalian yang lebih mudah. Manakala, di bahagian pembonceng, V16 memberi kelegaan kepada pasangan anda dengan penyediaan penyerap hentak belakang yang boleh dilaraskan mengikut pilihan. Selain itu, ketinggian tempat duduk cuma 700mm dengan pelana lembut untuk pengalaman menunggang yang mewah.

Bagi pencahayaan di bahagian lampu depan, model ini dilengkapi lampu utama jenis LED yang terang manakala lampu DRL yang berfungsi di waktu siang merupakan ciri keselamatan yang dikehendaki ramai penunggang motosikal dewasa ini di samping ia juga turut mematuhi tahap piawaian Euro.

Model gaya Amerika ini ditawarkan pada harga jualan yang mampu milik iaitu RM15,988 sahaja (tidak termasuk insurans dan cukai jalan)dengan tiga warna pilihan Hitam, Putih dan Biru. WMoto V16 akan berada di premis-premis pengedar WMoto di seluruh Malaysia bermula 12 November 2020.

Pembeli bagi model cruiser V16 ini juga turut menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

 

Previous Post

Skuter Elektrik BMW Motorrad

Next Post

Model Terbaharu Xdiavel Dan Scrambler Tahun 2021

Next Post

Model Terbaharu Xdiavel Dan Scrambler Tahun 2021

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved