Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Gabungan reka bentuk Z400 dan Z650 dengan fairing diinspirasikan daripada model Ninja

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-06-05
in BULETIN, UTAMA
0

Kawasaki baru-baru ini mengesahkan penyertaan ke dalam segmen motosikal elektrik yang kian berkembang. Kemasukan itu dibuat menerusi jentera Endeavor yang hadir dengan kotak gear manual. Dibina untuk ditunggang di litar, aspek pengendalian pastinya menjadi fokus utama.

Pengeluar motosikal dari Jepun itu dikatakan dalam proses menilai model yang dikuasakan oleh pek bateri tersebut di laman YouTube miliknya. Entri terbaharu ialah 10 episod yang menunjukkan Endeavor memecut di atas litar dengan penunggang menukar kedudukan gear mengguna tuil di kaki.

“Transmisi manual bukan sahaja menawarkan julat pecutan yang lebih baik. Ia juga membolehkan penunggang mempunyai input ketika mengendalikannya,” jelas Kawasaki.

Kawasaki mengumumkan pelan untuk menghasilkan jentera elektrik pada tahun 2019. Tetapi, spesifikasi teknikal penuh Endeavor masih belum didedahkan. Jentera itu dikatakan mampu menawarkan kuasa sehingga 26hp dan sejumlah tork dengan pantas. Kuasa tersebut diperoleh daripada satu pek bateri lithium-ion yang diletak pada ruang enjin. Ia akan menggerakkan roda belakang menerusi kotak gear manual empat kelajuan. Ciri itu nyata membuatkan Endeavor berbeza jika dibandingkan dengan motosikal elektrik yang lain.

Beratnya bagaimana pun tidak dinyatan. Tetapi Kawasaki menyatakan jentera itu selari dengan falsafah rekaan motosikalnya yang ringan, seronok ditunggang dan responsif. Penekanan terhadap penggunaan di litar membuatkannya lebih menarik. Ini kerana kebanyakan pengeluar kereta masih bergelut untuk menghasil kenderaan elektrik yang sesuai digunakan di litar. Sudah pasti, pek bateri pada Endeavor jauh lebih kecil daripada bateri kereta. Jadi, ia mungkin dilengkapi ciri pengecasan pantas.

Dari segi penampilan pula, ia kelihatan tidak jauh berbeza dengan mana-mana sportbike konvensional. Endeavor menggabungkan reka bentuk jentera Z400 dan Z650 dengan fairing diinspirasikan daripada model Ninja.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my
Insta :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
FB :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Superbike Berkuasa Elektrik Dari Masa Depan

Next Post

Kini, Anda Juga Boleh Bergaya Ala-Ala Agen Perisik!

Next Post

Kini, Anda Juga Boleh Bergaya Ala-Ala Agen Perisik!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved