Dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir, acara yang diadakan buat pertama kalinya ini telah berlangsung di Trek Motocross GMTB Tikam Batu, Sungai Petani di negeri Kedah. Turut hadir memeriahkan lagi penganjuran acara ini adalah Ketua Pemuda AMANAH, Sdr Ridzwan Arshad Ahmad, Penyelaras DUN Pantai Merdeka, Ustaz Rosli, dan penasihat program motocross, Dato Khairil Azizi.
Bagi memastikan acara ini berjalan lancar, pihak penganjur telah bertungkus lumus melakukan persiapan dan memberikan komitmen 100% sejak awal bulan September lagi. Diadakan pada 14 dan 15 Disember yang lalu, penganjuran acara ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan sukan motocross dan dalam masa yang sama, menggalakkan penyertaan golongan muda terutamanya kepada mereka yang meminati sukan lasak ini.
Tahniah dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada barisan penaja yang sudi memberi sumbangan dan kerjasama dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar. Antara yang turut menyumbang sebagai penaja termasuk Koyoko, KTM Malaysia, Suzuka, NGK Spark Plug yang bekerjsama dengan Exokit Motorsport Event Management demi menjayakan lagi acara ini.
Tidak ketinggalan, para penaja untuk segmen cabutan bertuah iaitu PromasAtv, CfMoto dan Rxf yang menghadiahkan sebuah Atv. Selain itu, terima kasih juga kepada MediaDrone yang menghasilkan video-video menarik, seterusnya para peserta dan pengunjung. Semoga acara ini akan diadakan lagi di masa akan datang.
Disediakan oleh : Azhar Taib (Pak Art)