EX5 Chik Lan Bernadikan CBR150
Pada tahun 1986, model enjin 100cc HA05E yang lebih besar diperkenalkan khususnya di Asia. Model 100cc yang lebih terkini itu dibangunkan khusus untuk pasaran Asia Tenggara terutamanya di Thailand, Malaysia dan Vietnam di mana motosikal kapcai lebih popular. Memperkenalkan ciri-ciri baru seperti sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah dan transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada model lama.
Model 100cc tersebut asalnya dikenali sebagai Honda Dream di Thailand dan Honda EX5 di Malaysia sebelum diseragamkan sebagai Honda EX5 Dream pada tahun 2003. Tambahan pula, Honda Jepun mula mengimport motosikal Dream buatan Thailand sebagai Super Cub C100EX pada tahun 1988. Model C100EX Jepun kemudian mengalami perubahan pada tahun 1993, sementara model EX5 Dream Asia Tenggara mengekalkan reka bentuk tahun 1986 sehingga sekarang dengan hanya sedikit perubahan kosmetik.
Kali ini, abam Bobby berjaya menemui sebuah EX5 yang lain daripada yang lain. Dengan selera penuh eksotik dan juga gelora nafsu kelajuan yang sangat tinggi, abam Bobby bersama dengan saudara Azlan bin Abu Hanipah atau lebih mesra dikenali sebagai dengan panggilan Chik Lan di kalangan adik-adik taman. Berumur 35 tahun dan bekerjaya sebagai juruteknik komputer, beliau memiliki sebuah Honda EX5 yang telah mengalami perubahan aksesori dan enjin yang sangat extreme. Paling ketara dapat kita saksikan, enjin digunakan telah ditambah cc asal jentera ke arah yang lebih besar.
Enjin yang digunakan sekarang adalah sebuah enjin juga daripada keluarga Honda iaitu Honda CBR150. Honda CBR150R merupakan sebuah motosikal sport 4 lejang 150cc yang juga sebahagian daripada keluarga siri Honda CBR keluaran APHonda. APHonda adalah syarikat bersekutu Honda milik Thailand, ditubuhkan pada tahun 1986. Dibina sebagai pengganti kepada motosikal Honda NSR 150 2 lejang, motosikal CBR150R disasarkan terutamanya kepada pasaran Asia Tenggara. Ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Disember 2007 dengan dua pilihan warna iaitu merah dan biru.
Sebelum ini, motosikal tersebut hanya dikeluarkan untuk pasaran Thailand dan Singapura. Honda CBR150R ini telah pun dihentikan kemasukannya ke Malaysia pada hujung tahun 2009. Walau bagaimanapun, atas permintaan yang secara tiba-tiba meningkat, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memasarkan semula model yang sama dan ia masih belum lagi dihentikan pasarannya. Namun, Chik Lan tidak menggunakan seketol motor sebaliknya beliau hanya mengambil enjin sahaja untuk menggerakkan motor ini.
Sekiranya berada di atas lebuh raya atau sebelah menyebelah dengan Ysuku standard, abam Bobby yakin mesti makan asap main long distance. Berbeza dengan transmisi sebelum ini yang hanya berbekal 4 gear, enjin baru ini sedap dibawa berjalan jauh memandangkan gear yang ada sekarang adalah 6 gear. Bagi bahagian kosmetik pula, Chik Lan lebih selesa dengan rupa bentuk seni yang ada di motor beliau sekarang. Ringkas, kemas dan tidak terlalu serabut.
Chik Lan telah memantapkan lagi handling motor dengan menambah stabilizer di body tengah dan suspension upgrading di bahagian hadapan serta absorber belakang untuk mengukuhkan lagi penunggangan di atas jalan. Bagi mendapat kepuasan dalam tunggangan, rim dari motosikal Kawasaki ER-6N bertayar lebar telah dipadankan. Dalam banyak-banyak ayat beliau yang sangat terkesan bagi abam Bobby, Chik Lan kata;
“dunia custom takde yang tak boleh. Kalau kau minat, apa pun boleh buat!”
Disediakan Oleh : En. Bob (Abam Bobby)