Berhenti dan menunggu lama di depan lampu isyarat bukan satu perkara yang menyeronokkan khususnya untuk golongan penunggang motosikal. Ada yang langsung tidak mempedulikan lampu merah dan memecut laju tanpa mahu menunggu sesaat pun. Ada yang perlahan-lahan melepasi garisan dan melanggar lampu merah tanpa memikirkan tentang keselamatan diri. Kalau salah perkiraan boleh jatuh terperosok bawah lori dan bila itu terjadi, siapa perlu dipersalahkan?
Kali ini bukan cerita tentang salah laku depan lampu trafik yang mahu dikongsikan tetapi kelakuan pelik seorang penunggang motor sementara menunggu lampu merah bertukar ke lampu hijau. Seorang pengguna jalan raya yang juga pemegang akaun TikTok sempat merakam kelakuan pelik penunggang itu dan berkongsi rakaman menerusi akaunnya noralhasibuanbuan.
Sebagaimana yang dapat dilihat, penunggang motosikal itu enggan menongkatkan kaku atau menjejakkan kakinya ke tanah. Sebaliknya, beliau cuba sedaya upaya mengimbangi badan dan motor agar tidak tumbang atau jatuh. Kelakuan pelik penunggang motosikal ini turut mengundang pelbagai reaksi dari para pengguna TikTok lain yang menonton video perkongsian saudara Wahyuda.
Apa pendapat anda? Adakah anda mahu mencuba mengimbangi badan seperti dilakukan penunggang motosikal pelik ini semasa menunggu lampu merah?
Sumber : TikTok noralhasibuanbuan