Bertempat di Triumph Batu Caves telah berlangsungnya majlis pelancaran produk terbaharu Dynavolt, Dynavolt Lithium untuk kegunaan motosikal. Bertepatan dengan konsep yang digunakan iaitu Less Weight, More Power, bateri Dynavolt ini 3.5 kali lebih ringan berbanding bateri asid plumbum.
Sebagaimana yang diketahui, penggunaan lithium dalam bateri memberikan kecekapan lebih baik berbanding bateri asid plumbum. Selain itu, pelepasan karbon yang kurang, kitaran pengecasan sehingga 5,000 kali dan kecekapan tenaganya pula sehingga 96 peratus.
Salah satu ciri penting yang ada dalam bateri Dynavolt ini adalah Battery Management System (BMS) yang memastikan semua sel mempunyai kadar pengecasan yang sama. Selain memastikan ia selamat digunakan dan mengelak daripada menjadi terlalu panas.
Bercakap segi ketahanan pula, bateri Dynavolt ini mengambil masa selama dua jam sahaja untuk pengecasan penuh. Jangka hayat bateri pula bertahan lama jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain yang ada ditawarkan di pasaran.
Bukan itu sahaja, ia juga bersaiz jauh lebih kecil dan membuatkan ia mudah untuk disimpan. Manakala beratnya pula hanya 650g, lebih ringan berbanding bateri motosikal biasa yang lazimnya mempunyai berat sehingga 2.2kg.
Kepada anda yang berminat untuk membeli bateri Dynavolt ini, ia dijual pada harga bermula dari RM199.00 dan sudah boleh didapati dari para pengedar seluruh negara. Anda juga boleh membelinya melalui atas talian di Gomoto.com.my.