Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dua Motosikal Dengan Modifikasi Berkonsepkan Warna

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-26
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sebenarnya tiada kesalahan besar seandainya mahu memodifikasikan motosikal kesayangan melainkan ada beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan diri anda dari melanggar undang-undang. Untuk mereka yang biasa memodifikasi motosikal sehingga menjadi terlalu ekstrem seperti mengubah keseluruhan rupa bentuk yang asal atau mengubah bahagian motosikal sehingga melanggar ketetapan yang ditetapkan undang-undang, ia akan menjadi kesalahan yang besar.

Jadi, usah khuatir jika ada cara yang betul dan sesuai dengan kehendak pihak berkuasa sehingga menjadi motosikal yang anda inginkan menjadi tidak salah di sisi pihak berwajib. Seperti yang dilakukan oleh Muhamad Fazli Yusof, memodifikasikan bukan sekadar pertukaran barangan yang dapat dilihat dan dinikmati bermula dari barangan asal (standard) hingga yang lebih berkuasa (berkualiti/jenama) namun sebenarnya lebih dari itu.

“Memainkan tema warna demi mencari kelainan dan dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri asal jenama dan rupa motosikal terbabit sebenarnya ianya sudah lama ‘dimainkan’ oleh beberapa negara jiran di rantau ini seperti di Indonesia dan Thailand,” ujar Fazli yang senang dipanggil sebagai Don sahaja.

Rubentina bagi sebutan modifikasi di negara Indonesia merujuk kepada konsep warna dan talaan gaya seperti menyolek pada keseluruhan jentera terbabit dengan tema warna dikehendaki.

“Mungkin bagi hobi orang kita di sini (Malaysia) agak kurang berbanding negara jiran lain. Kalau ‘modi’ motor di sini lebih kepada pertukaran barangan sahaja. Memang sudah menjadi trend bagi kaki motor untuk tampil lebih bergaya, berkuasa dan tampak lebih menarik.

“Tetapi trend menyolek atau ‘make up’ motor dengan cara tema warna dan sticker, memang sudah menjadi trend dan malah menjadi bahagian tetap modifikasi bagi kebanyakan pemilik motosikal di negara jiran,” ujar Don yang menampilkan warna dan sticker menarik bagi dua jentera kesayangannya Suzuki RG Sport dan Suzuki RGV miliknya.

Memiliki dua jentera Suzuki yang pernah satu ketika dahulu menaikkan nama-nama besar dalam perlumbaan tempatan seperti Wazi Abdul Hamid, M.Munisparan, Hattan Turin mahupun M.Meganathan, ia adalah jentera terbaik bagi Don untuk mengembalikan nostalgia satu masa dahulu.

Untuk model paling awal iaitu Suzuki RG Sport (Satria) keluaran tahun 1994, Don memilih pilihan warna biru Movistar Kenny Robert yang popular sekitar tahun 1989 lalu.

“Saya mengenakan ton warna biru dan memasangkan keseluruhan badan jentera ini dengan DNA Suzuki Satria yang terdapat pada konsep asal bagi jentera Suzuki di Indonesia. Di sini, model yang sama dipanggil Suzuki RG Sport.

“Saya kacukkan sedikit dengan model Satria Indonesia kerana ia tampak lebih maskulin dan bagi melengkapkan keperibadian jentera itu, saya sembur pada bahagian badan jentera dengan torna warna biru aka Kenny Robert Movistar.

“Manakala bagi model Suzuki RGV keluaran 1997, saya memilih inspirasi corak sticker, warna dan audio. Penambahan alat bunyi, menjadikan ia sebuah jentera dua roda yang memenuhi aspirasi hiburan untuk halwa telinga,” ujar Don secara ringkas mengenai dua model yang dimodifikasi dengan corak stiker dan warna.

Bagi menambahkan lagi ciri-ciri moden, jentera Suzuki RGV Ekstrem (julukan model Suzuki RGV) turut dipadankan dengan beberapa stiker berkonsep x-tream dan menampilkan audio dan stream monitor bersaiz 4 inci untuk menampakkan jentera miliknya lebih menarik.

Pernah mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi miliknya di temasya Suzuki TXR Event di Gopeng, Perak sekitar tahun 2019 lepas, Don beranggapan inspirasi hasil modifikasi adalah pilihan pemilik sementara tanggapan peminat motosikal tempatan terhadap modifikasi sebegini sebenarnya masih baharu.

Sekali pun, modifikasi yang diilhamkan cukup sekadar hobi dan menjadikan sebagai aktiviti yang terluang, namun Don tidak menolak untuk membuat sesuatu yang dikehendaki jika ada pemilik motosikal yang mahu memodifikasikan motosikal milik mereka mengikut citarasa sendiri.

“Jika ada yang berminat dan mempunyai idea mereka sendiri, saya sedia terima. Tetapi bergantung corak yang mereka mahukan dan idea yang signifikan dengan kehendak pemilik motosikal itu sendiri,” ujar Don yang mahu mereka merujuk kepada facebook peribadi atas nama FazliYusofDon jika mahu menghubunginya.

Profil Diri
Nama penuh : Muhamad Fazli Yusof
Panggilan : Don
Kerjaya : Pembantu Warung/Berniaga
Umur : 39 tahun
Status : berkahwin anak 1 org lelaki
Asal : Kuala Ketil
Lokasi : Sg Petani
Hobi : Ubahsuai Motosikal (bkn kelajuan untuk race)
Minat : Berfantasi Perihal Design Sticker
Aktiviti – Menung Depan Motosikal Cari Ilham
Facebook : FazliYusofDon

Jentera
Suzuki Satria RG Sport aka Kenny Robert 1994
Suzuki RGV Ekstrem 1997

Previous Post

Menepati Piawaian, Selamat Digunakan

Next Post

Sentiasa Ada Ruang Yang Cukup Dengan Monolock Topcase Givi

Next Post

Sentiasa Ada Ruang Yang Cukup Dengan Monolock Topcase Givi

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved