Kini, produk keluaran DNA telah pun dipasarkan di lebih 42 negara di seluruh dunia termasuk pasaran Malaysia. Produk penapis udara keluaran DNA menggunakan teknologi yang diinspirasikan dari sistem pernafasan manusia; kekapas DNA ini terdiri dari serat-serat kecil yang berminyak (Tex & Thread) hasil dari kajian insentif pasukan jurutera DNA. Rerambut hibrid ini mengandungi minyak penapis istimewa, satu penemuan hebat DNA yang memberikan penapisan cekap walaupun pada aliran udara yang tinggi.
Antara produk keluaran DNA yang boleh didapati di pasaran termasuk Yamaha NVX 155 (16-19) DNA Air Filter P-Y1SC17-01, Yamaha Y15R dan Honda RS150. Beberapa kelebihan dengan pemakaian penapis udara DNA ini; meningkatkan prestasi, memberikan penapisan maksima, menjimatkan penggunaan minyak, mesra alam sekitar, jangka hayat panjang, boleh dibasuh dan digunakan semula. Bukan itu sahaja pemasangan penapis udara DNA ini juga sangat mudah, hanya perlu ikut manual yang telah disediakan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Hodaka Moto World Sdn Bhd (PJCC)
82, Jalan PJS 5/30,
Petaling Jaya Selatan,
46150 Petaling Jaya,
No Tel : 03 – 7785 2558.
Facebook : https://www.facebook.com/dnafilters/
Facebook : https://www.facebook.com/motoworldmalaysia/
Web : http://www.motoworld.com.my