Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ditawarkan Pada Harga Bermula Dari RM13.2k, Meningkat Sebanyak RM250!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-07-17
in UTAMA
0

Honda ADV160 telah dikemaskini dengan pilihan warna baharu untuk keluaran tahun 2024 dalam segmen skuter di pasaran Malaysia. Ditawarkan pada harga bermula dari RM13,249 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Harga ini meningkat sebanyak RM250 berbanding harga skuter ADV160 keluaran tahun 2023 iaitu RM12,999. Manakala warna baharu yang ditawarkan pula ialah kelabu dan putih.

Selain itu, tiada perubahan lain dan semua spesifikasi yang sama dikekalkan. Dikuasakan oleh 156cc eSP+ silinder tunggal, penyejuk cecair dengan sistem pembakaran PGM-Fi. Manakala kuasanya pula 15.82hp pada 8,500 rpm dengan tork 14.7Nm pada 6,500 rpm dan dihantar ke bahagian roda belakang menerusi kotak gear CVT dan tali sawat.

Ciri-ciri yang didatangkan sebagai standard pula termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC) juga dikenali sebagai kawalan traksi, yang membolehkan penunggang menukar kawalan traksi mengikut kesesuaian dan juga keadaan. Sistem pemberhentian atau brek dikendalikan oleh cakera hidraulik tunggal di depan dan belakang dan dua roda ABS standard. Suspensi teleskopik di depan dan juga penyerap hentakan boleh laras di bahagian belakang.

Skuter ADV160 ini menggunakan roda aloi 14-inci di bahagian hadapan dengan tayar tanpa tiub 110/80 dan roda 13-inci di bahagian belakang dengan tayar 130/70. Ketinggian tempat duduknya pula pada 780mm, disempurnakan dengan ruang seluas 30-liter di bahagian tempat barang, di mana mudah dicapai oleh penunggang. Di sini, penunggang motosikal boleh menyimpan topi keledar, barang-barang penting dan juga dijamin selesa.

Tangki bahan api pula berkapasiti 8.1-liter dengan berat sebanyak 133kg, skuter ADV160 direka untuk keselesaan. Menawarkan keseimbangan di antara penggunaan bahan api dan juga kuasa, menjadikan pilihan paling ekonomi untuk kegunaan harian dan juga perjalanan jarak jauh.

Bukan itu sahaja, kemudahan penunggangan termasuk windshield yang boleh dilaraskan ketinggiannya, Honda Smart Key dan penggera anti-kecurian dan juga slot pengecas USB. Setiap skuter ADV160 ini didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000km.

Direka khusus untuk keselesaan penunggang, tempat duduknya yang ergonomik dan windshield boleh laras untuk memberikan perlindungan dari angin yang paling optimum. Bukan sahaja membolehkan penunggang selesa tetapi juga menikmati perjalanan panjang yang menyeronokkan dan selamat. Tidak dinafikan, Honda ADV160 meneruskan legasinya dalam inovasi dan prestasi khusus untuk segmen skuter di Malaysia.

Previous Post

Pemilik RXZ Atau 125Z, Ganti dan Tukar Dengan Produk IKK Ini!

Next Post

Perkara Yang Perlu Dilakukan & Dielakkan

Next Post

Perkara Yang Perlu Dilakukan & Dielakkan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved