Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Diraikan Dengan Berita Pembinaan Litar Lumba Di Sungai Petani

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-05-31
in BULETIN, UTAMA
0


Dianjurkan untuk mengeratkan ikatan silaturahim serta mengukuhkan semangat persaudaraan dalam kalangan pencinta dua permotoran dua roda, lebih 20,000 orang menghadiri program Santai Anak Utara Raya. Program yang asalnya dijangka dihadiri seramai 10,000 orang ini diadakat pada 21 Mei yang lalu bertempat di Taman Jubli Emas di Alor Setar, Kedah.

Pelbagai aturcara disediakan sepanjang program berlangsung seperti bengkel solat ketika musafir, aktiviti memanah, kempen belia benci rasuah melibatkan pihak PDRM, SPRM dan Jabatan Belia Negeri Kedah. SAU Raya ini bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam ucapan beliau, Menteri Besar Kedah itu turut memaklumkan berita gembira tentang projek pembinaan litar lumba di Sungai Petani yang menelan belanja berjumlah RM30juta dan bakal disiapkan secepat mungkin. Berita baik ini sekali gus memberikan harapan kepada anak-anak muda khususnya yang ingin lebih serius dalam dunia dua roda serta bakal menjadi barisan pelapis pelumba negara kelak.

Selain itu, Menteri Besar juga meluahkan kekaguman beliau terhadap pengeluar motosikal tempatan yang beroperasi di Sungai Petani iaitu Ottimo. Sebuah motosikal Ottimo turut menjadi salah sebuah hadiah cabutan bertuah selain sebuah Yamaha Y15 yang menjadi rebutan sepanjang SAU Raya berlangsung. Bukan itu sahaja, para pemenang segmen cabutan bertuah ini juga membawa pulang produk dari rakan penaja lain seperti helmet KYT dan produk Koyoko.

Ekoran sambutan yang cukup luar biasa ini, penganjuran kali kedua SAU akan diadakan dalam masa yang terdekat. Kepada sesiapa yang ketinggalan menghadiri SAU Raya yang lalu, jangan lupa untuk sertai penganjuran yang akan diadakan tidak lama lagi.

Previous Post

Md Helmi Azman, Muncul Juara Pusingan Kedua!

Next Post

Tanda Rod Motosikal Semakin Parah!

Next Post

Tanda Rod Motosikal Semakin Parah!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved