Pengeluar motosikal China, CFMoto mendedahkan bahawa mereka sedang giat membangunkan sebuah motosikal versi elektrik untuk bersaing dengan Honda Grom iaitu Papio pada bulan April lalu. Papio ini menggunakan bentuk ICE, sedikit mempunyai persamaan dengan Honda Grom dan juga Kawaski Z125 Pro kerana penampilannya yang sporti dengan rekaan yang menyeronokkan serta mudah dikendalikan.
Kini, CFMoto mengambil keputusan untuk mempersembahkan versi yang sudah tersedia elektrik Papio yang dipanggil sebagai Papio Nova di EICMA 2022. Jika dibandingkan dengan versi model prototaip yang telah ‘dibocorkan ada awal tahun 2022, tidak banyak yang berubah. Malah, Papio Nova ini juga mirip dengan 125cc Papio mengekalkan penampilan yang lebih sporty dan juga badan lebih tegap.
Buat masa ini, pelancaran Papio Nova naked bike elektrik masih tidak menentu kerana CFMoto turut membangunkan kataloh motosikal elektrik dua rpda dengan melancarkan skuter elektrik Zeeho, model yang dijangka menyaingi kepesatan skuter elektrik khususnya di pasaran Asia dan Eropah. Bagi Papio Nova, ia dikatakan bakal bersaing dengan Tromox Ukko AT baharu dan juga motosikal elektrik 125cc yang setanding dengannya.
Papio Nova ini dikuasakan oleh motor elektrik yang dipasangkan di bahagian tengah dengan output maksima 22kW yang menghasilkan kira-kira 30hp. Kalau dilihat dari data yang dikeluarkan, ia cukup mengatasi kekuatan Grom serta Papio 125 standard. Justeru, tidak melampau kalau dikatakan ia merupakan sebuah jentera yang lincah. Kelajuan tertingginya pula dihadkan sehingga 112km sejam dan memecut dari 0 sehingga 35 batu sejam hanya dalam masa 2.3 saat.
Menurut CFMoto, Papio Nova ini dilengkapi dengan pek bateri 4.4-kW/j yang boleh mencecah sehingga 150km pada sekali pengecasan sekali gus menunjukkan Papio Nova menjadi motosikal elektrik bersaiz kecil yang mampu bergerak sejauh itu. Sesuai untuk digunakan sebagai jentera di kota dan juga santai. Namun, CFMoto masih belum mengeluarkan sebarang data tentang harga yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Sumber : Rideapart