Agak sukar untuk memilih pilihan yang tepat dengan kriteria motosikal yang anda gunakan. Jika masih ragu-ragu dan tidak tahu yang mana satu pilihan yang betul dan sesuai dengan jentera anda, apa kata baca terlebih dahulu ringkasan dari minyak pelincir HI-REV sebelum buat keputusan.
Sebelum itu, pilihan yang ingin dipaparkan oleh HI-REV ini adalah minyak pelincir yang bersesuaian dengan jentera berkuasa 150cc seperti Honda RS atau Y150R. Keenam-enam produk yang ditawarkan oleh HI-REV ini merupakan minyak pelincir dalam gred premium dalam kategori sintetik sepenuhnya (Fully Synthetic) dan Semi Sintetik.
Sebagai info, minyak pelincir merupakan bendalir yang sangat penting bagi kenderaan bermotor terutamanya bagi enjin pembakaran dalam. Ia dikategorikan sebagai fully sintetik, semi sintetik atau multigrade.
Kesimpulannya, angka yang tertera pada botol minyak pelincir melambangkan kelikatan minyak itu yang berubah-ubah dari keadaan cair ketika suhu sejuk kepada lebih pekat pada ketika ia berada tahap suhu yang tinggi.
Minyak pelincir akan memberikan perlindungan geseran pada komponen enjin motosikal anda semasa enjin dihidupkan, beroperasi dalam keadaan lasak, ekstrem dan juga sejuk. Ia juga perlu cukup lasak agar tidak teroksida apabila terdedah pada suhu yang terlampau panas.
Dikenali dengan nama formulasi ModePerisai, minyak pelincir keluaran HI-REV ini lasak dan serba guna, mampu mengurangkan penggeseran dalam enjin secara ketara. Secara tidak langsung, ia juga turut melindungi gegelang omboh dan dinding selinder.
Formulasi ModePerasai juga menghasilkan tindak balas kimia antara aditif pelincir terkini dan permukaan metalik bagi mengurangkan kehausan enjin dan menstabilkan kelikatan minyak disamping mampu meningkatkan ketahanan enjin anda.
HI-REV F150CC (SAE 10W-50)
Produk minyak pelincir HI-REV F150CC dengan bacaan SAE 10W-50 iaitu merujuk kepada kelikatan minyak ketika suhu sejuk manakala huruf W merujuk kepada bacaan cuaca (Winter). Angka 50 boleh diistilahkan kepada kelikatan minyak pelincir ketika suhu panas.
Minyak pelincir atau minyak 4T dari HI-REV ini merupakan minyak pelincir sintetik sepenuhnya dan ia boleh diklasifikasikan sebagai minyak premium. Ia tergolong kepada minyak pelincir dengan 100% sintetik dengan teknologi yang digelar ModePerisai yang dikhususkan untuk menangani pelbagai situasi tunggangan yang ekstrem.
HI-REV F150CC ini dibekalkan dengan adunan HTHS (High Temperature High Shear) iaitu sejenis bahan yang menawarkan perlindungan dari haba yang melampau dan juga memberi prestasi pengalihan gear yang lancar dan peningkatan prestasi tunggangan terutama ketika mengharungi perjalanan yang jauh.
Minyak pelincir 4T model HI-REV F150CC amat bersesuaian untuk mengekalkan 4 lejang klac basah dengan sisten penyejukkan samada udara atau cecair. Produk ini dibekalkan dengan isipadu sebanyak 1.2liter dan model ini juga diiktiraf oleh API SN dan JASO MA2 serta mempunyai kelikatan minyak ketika sejuk dan panas di antara 10W-50.
4T S150CC (SAE 10W-40) & 4T S150CC (SAE 15W-50)
Model S150CC merujuk kepada minyak pelincir HI-REV pada gred semi sintetik namun ia masih dirumuskan kepada jentera berkuasa 150cc dengan kualiti yang tinggi.
Kedua-dua produk ini, 4T S150CC (SAE 10W-40) dan 4T S150CC (SAE 15W-50) merupakan produk motosikal 4 lejang yang diformulasikan dengan bahan ModePerisai agar jentera sentiasa dilindungi dan dalam masa yang sama turut meningkatkan keupayaan dan prestasi enjin ke tahap maksima.
Produk HI-REV ini juga turut diadunkan dengan teknologi HTHS (High Temperature High Shear) yang dipertingkatkan dengan bahan additive friction modifier khas bagi memberi melindungi kesan dari lelasan, kepanasan yang melampau, penggunaan gear yang lancar dan peningkatan ketika melakukan perjalanan yang jauh.
HI-REV S150CC dengan kelikatan SAE 10W-40 atau SAE 15W-50 hanya dibeza dari segi kelikatan dan tahap suhu yang tinggi namun kedua-duanya diikitiraf dari API SN, JASO MA2. Ia dibekalkan dengan isipadu 1.2liter dan diakui antara produk yang cukup sesuai dengan motosikal popular ketika ini seperti Honda RS150 dan Yamaha Y15ZR samada dengan sistem penyejukan udara atau cecair.
HI-REV DENGAN PAKEJ 1.0LITER
Sementara itu, HI-REV yang ditabalkan juara di pentas cub prix kebangsaan musim 2020 lepas, dengan penampilan juara kategori CP150, Muhammad Helmi Azman yang mewakili pasukan HI-REV SCK Honda Racing turut menampilkan pek 1.0liter bagi beberapa varian produk terbaharu mereka.
HI-REV F150CC (SAE 15W-50) diklasifikasikan sebagai gred premium bagi kategori minyak sintetik dengan isipadu 1liter. Bagaimanapun, model ini mempunyai kelikatan 15W pada suhu rendah dan mencapai angka 50 ketika tahap kepanasan samada enjin atau waktu persekitaran.
Bagi pemilik jentera yang enjin mereka sudah melepasi jaminan kilang, adalah disyorkan untuk mennggunakan model kedua dalam senarai produk HI-REV berisipadu 1liter. Minyak jenis semi-sintetik HI-REV S150CC SAE 15W-50 amat sesuai dengan enjin sebegini.
Sementara itu, produk HI-REV M150CC (SAE 20W-50) disyorkan kepada pemilik motosikal yang menggunakan pengangkutan harian atau usia enjin motosikal yang agak lama. Ia merupakan pelincir bertaraf multigrade atau sesuai digunakan untuk semua jenis motosikal yang berusia.
Untuk maklumat lanjut, hubungi
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my