Hendak seribu daya dan jika tidak berminat pula bermacam alasan akan diberikan. Kalau dilihat dari jauh, tiada apa yang menarik ada pada motosikal Yamaha Y15ZR V1 selain disaluti cover set replika Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT). Di sebaliknya, ada kisah kegigihan seorang anak muda bersama isteri beliau yang sanggup mengharungi perjalanan selama 3 hari dari Jitra ke Buriram, Thailand pada 2019.
Sebagaimana yang diketahui umum, ramai peminat tegar sukan permotoran dari Malaysia sanggup datang ke GP Thailand. Begitu juga dengan saudara Hasbullah Zainuddin atau lebih mesra dengan panggilan (Lah) yang berumur 35 tahun. Berasal dari Jitra, Kedah, beliau adalah pengusaha roti di Jitra dan juga pemilik restoran Roti Abang. Seorang peminat dua roda dan berkongsi minat yang sama dengan isteri.
Beliau yang merupakan ahli Kroni 4646 dan Jitra Crew Bikers amat meminati MotoGP sehingga tercetus idea untuk ride ke Buriram di Thailand untuk menyaksikan perlumbaan di Chang International Circuit Thailand pada tahun 2019. Bagi memenuhi hajat tersebut, beliau menggunakan Yamaha Y15ZR V1 yang dibeli pada tahun 2018. Bagi perjalanan yang menggambil masa selama 3 hari, pelbagai persiapan telah dibuat kerana minat serta ingin memberi sokongan kepada pasukan Petronas SRT Malaysia. Team negara, kebanggan kita. Kf Air brush Kulim telah diberi tanggungjawab bagi melakarkan corak replika Petronas SRT MotoGP.
Selain dari air brush untuk cover set, beliau turut melakukan sedikit ubahsuai kepada Ysuku ini seperti memasang single arm motor Honda NSR serta menukar sportrim NSR Special Edition. Disc brake juga ditukar dengan jenama NSR. Bahagian enjin juga disentuh dengan menukar block 62, head dan cam dari Uma Racing. Begitu juga clutch dengan hyper clutch. Ekzos pula dari Uma Racing cutting standard dan ECU tune boss.
Setelah berpuas hati dengan semua persiapan, beliau memulakan perjalanan dari Jitra ke Buriram yang mengambil masa selama 3 hari. Menemani beliau adalah isteri tersayang. Jarak dari Jitra ke Buriram lebih kurang 1400 km. Hari pertama dari Jitra ke Surattani, semuanya berjalan lancar. Pada hari kedua, beliau dan isteri bergerak ke Bangkok diikuti dengan hari Ketiga ke Buriram.
Mungkin ia hari bertuah untuk Hasbullah dan kedatangannya tidak sia-sia ke Buriram kerana dapat berjumpa dengan Dato’ Razlan, principal Petronas SRT MotoGP secara tak sengaja. Beliau berbangga dengan semangat Hasbullah yang sanggup datang ke Buriram. Awalnya mereka bertemu ketika sesi pit walk. Pada sebelah malamnya, mereka bertemu sekali lagi ketika makan malam. Sekali lagi Dato’ Razlan berbangga dan kagum dengan semangat Hasbullah bersama isteri yang datang menyokong pasukan pelumba Petronas SRT.
Dato’ Razlan juga teruja melihat Hasbullan menunggang Ysuku bertemakan replika Petronas SRT dari Malaysia ke Thailand. Beliau kemudiannya membawa Hasbullah memasuki Pit Box untuk bertemu para pelumba Petronas SRT. Lebih istimewa lagi, Hasbullah juga berpeluang bertemu pelumba kegemarannya Valentino Rossi. Di akhir perlumbaan dan hari terakhir, Hasbullah mendapat hadiah paling istimewa dari Dato’ Razlan dan team Petronas SRT iaitu menanggung segala kos mencorakkan air brush replika Petronas SRT MotoGP.
Tahniah Hasbullah, semoga semangat anda memberi inspirasi kepada pembaca dan peminat motor di luar sana.
Butiran Data
Pemilik-hasbullah bin zainuddin
Umur-35
Asal-jitra kedah
Pekerjaan-pengusaha kilang roti dan restoran abang roti di jitra
Status-berkawin
Spec motosikal
Jenama –yamaha y15zr
Tahun-2018
Ubahsuai motosikal : Anchik motor speed
Air brush- kf airbrush kulim
Cover set asal cover set- movistar
Cover set sekarang-air brush-replika petronas srt moto gp malaysia
Single arm- honda nsr
Sport rim nsr special edition
Disc brek nsr
Tayar depan timsun 80/90/17
Tayar belakang timsun 120
Enjin- block 62 uma racing
Head uma racing
Cam uma racing
Hyper clutch
Ekzos uma racing cutting standard
Ecu- tune boss
Air brush –kf air brush
Bengkel- anchik motor speed