Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Debaran Pembukaan Musim 2025 Cub Prix di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara)

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-04-23
in BULETIN, UTAMA
0

Musim baharu Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 membuka tirainya dengan penuh aksi mendebarkan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara). Ribuan peminat membanjiri kawasan litar bagi menyaksikan pertarungan sengit antara pelumba terbaik tanah air dalam tiga kategori utama — CP150, CP125 dan Wira KBS.

Bagi CP150 menyaksikan Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING tampil cemerlang apabila berjaya mencipta kejutan dan menjuarai perlumbaan meskipun bermula dari petak ketujuh. Aksi berani dan strategi bijak bersama rakan sepasukan, Md Akid Aziz, membolehkan Afif memecut ke hadapan pada pusingan terakhir untuk menamatkan perlumbaan dengan masa 14:37.815s.

Sementara itu, Danial Syahmi Ahmad Shahril dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR yang mendahului pada awal perlumbaan, terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Md Akid Aziz pula berjaya mengekalkan tekanan ke atas pesaing terdekat dan mengunci kedudukan ketiga, sekali gus memberikan permulaan mantap buat pasukan CKJ RACING dalam saingan musim ini.

Dalam kategori CP125, Md Izam Ikmal Izamli membuktikan bahawa keserasian antara pelumba dan jentera menjadi kunci utama kejayaan. Wakil PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING itu berjaya mengatasi saingan sengit daripada juara bertahan Md Syamil Amsyar dan pelumba-pelumba berpengalaman lain untuk menamatkan perlumbaan sebagai juara dengan catatan masa 11:20.247s.

Perlumbaan CP125 berlangsung dalam keadaan sangat kompetitif apabila pelumba-pelumba sering bertukar posisi di kelompok hadapan. Namun, Izam kekal konsisten dan berjaya menangkis segala cubaan pemotongan terutamanya dari Md Haziq Md Hamdan dan Md Adie Putra Sukarno, yang masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Kategori Wira KBS pula menjadi milik mutlak pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING apabila mereka menyapu bersih kesemua tempat di atas podium. Raiyan Khardanee Md Sanusi mencuri tumpuan dengan kematangan yang luar biasa di litar, mengetuai trio pasukannya dengan masa terpantas 10:10.190s.

Kemenangan itu turut disertai oleh Farres Putra Md Fadhil dan Md Arfan Ashraf yang masing-masing mengekori rapat di tempat kedua dan ketiga. Aksi berpasukan yang tersusun jelas memberikan kelebihan buat 31 RACING, sekali gus membuktikan dominasi mereka dalam kategori pembangunan bakat muda ini.

Dengan permulaan musim yang cukup hangat ini, ketiga-tiga kategori menyajikan persaingan sengit yang bakal berterusan sepanjang musim. Pasukan dan pelumba kini bersiap sedia menghadapi pusingan seterusnya dengan momentum baharu dan semangat membara dalam misi merebut kejuaraan 2025.

Keputusan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Sepang
Top 3 Terbaik CP150
1. Ahmad Afif Amran PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING 14:37.815
2. Danial Syahmi Ahmad Shahril PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR 14:37.837
3. Md Akid Aziz PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING 14:37.851

Top 3 Terbaik CP125
1. Md Izam Ikmal Izamli PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING 11:20.247
2. Md Haziq Md Hamdan PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING 11:20.755
3. Md Adie Putra Sukarno PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR 11:21.115

Top 3 Terbaik Wira KBS
1. Raiyan Khardanee Md Sanusi PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING 10:10.190
2. Farres Putra Md Fadhil PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING 10:10.224
3. Md Arrfan Ashraf PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING 10:10.493

Previous Post

Dijayakan Oleh NVOG, Suasana Meriah Dengan Kehadiran Para Pengunjung

Next Post

Bagaimana Clutch Plate Motosikal Anda Sudah Mula Tidak Berfungsi?

Next Post

Bagaimana Clutch Plate Motosikal Anda Sudah Mula Tidak Berfungsi?

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved