Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

DCT Pada Motosikal Dan Dominasi Honda

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-03
in BULETIN, UTAMA
0

Di dalam dunia kereta penumpang, teknologi Kotak Gear Tukaran Terus (DSG) digunakan secara meluas oleh Kumpulan Volkswagen. Malah teknologi dua klac sudah sinonim dengan kenderaan buatan Volkswagen. Bagaimana dengan dunia motosikal? Honda mendominasi dan 2020 adalah tahun kesepuluh sejak Transmisi Dua Klac (DCT) pertama kali digunakan.

Teknologi DCT motosikal Honda digunakan buat kali pertama melalui VFR1200F dan secara keseluruhannya lebih daripada 140,000 unit jentera Honda dengan DCT dijual di Eropah. Pada tahun 2019 sejumlah 67 peratus Gold Wing, 52 peratus NC750X dan 45 peratus Africa Twins yang dijual di Eropah merupakan versi DCT.

 

Honda sentiasa menambah baik teknologi DCT dengan perincian pada kelancaran dan pemasaan tukaran gear serta penyesuaian bagi menyamai karakteristik tunggangan yang diperlukan oleh pelbagai model berbeza keluarannya. Di antara pembaharuan dibuat ialah G switch untuk tunggangan luar jalan raya (off-road) pada Africa Twin dan X-ADV serta sinkronisasi di antara Hill Start Assist, Walking Mode dan Idling Stop pada GL1800 Gold Wing.

Apa itu DCT? Adakah sama seperti CVT?
Transmisi DCT dan CVT beroperasi dengan cara berbeza di antaranya ialah penggunaan klac dan tanpa klac. Secara ringkasnya berikut adalah operasi dan komponen DCT:

Terdiri daripada sepasang klac yang berada di dalam satu unit dan setiap satu disambung atau dihubungkan kepada set gear berbeza.
– Satu bahagian klac (gear 1,3 dan 5), satu lagi klac (gear 2,4 dan 6).
– Penukaran gear dibuat dalam mod Manual menggunakan ‘padel penukar’ pada sebelah kiri bar hendal.
– Juga boleh dibuat dalam mod Automatik mengikut pemasaan penukaran berdasarkan ciri-ciri seperti kelajuan motosikal, kelajuan enjin (rpm) dan darjah bukaan pendikit.
– Tiada tuil pencengkam (klac) atau tukaran gear melalui kaki diperlukan.
– Semasa penukaran gear, satu klac dilepaskan dan satu lagi secara serentak mendapatkan (engage) gear sasaran.
– Hasilnya ialah penukaran gear yang konsisten, sangat pantas dan lancar atau bersambung (seamless) tanpa kehilangan pacuan pada roda belakang.
– Selain faedah tersebut, DCT membolehkan penunggang untuk fokus pada laluan tunggangan, lokasi membrek, menghadapi selekoh dan pecutan. Turut membantu ialah mengurangkan keletihan penunggang dan tekanan tunggangan di dalam bandar.

Kembali semula kepada soalan di atas, selain komponen dan cara operasi berbeza, karakter DCT lebih kepada prestasi manakala CVT pula cenderung kepada kecekapan operasi atau penjimatan bahan api.

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Honda REBEL 2020 Baharu, Dilengkapi Dengan Ciri dan Warna Baharu

Next Post

Throwback : NVOG Sumatra Rides 2019

Next Post

Throwback : NVOG Sumatra Rides 2019

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved