Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Data Dari Maklum Balas Pengguna; Jentera Praktikal Kegunaan Harian

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-04-23
in BULETIN, UTAMA
0

Aveta terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia dengan memperkenalkan tiga model baharu, sekali gus menegaskan komitmennya untuk menghasilkan produk yang dibentuk berdasarkan keperluan sebenar penunggang serta evolusi pasaran yang sentiasa berkembang.

“Segala yang kami lakukan di Aveta dibina berasaskan suara pelanggan kami. Ketiga-tiga model baharu ini bukan sekadar penambahbaikan, tetapi merupakan respons hasil kajian terhadap apa yang benar-benar diinginkan oleh para penunggang,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia.

VS115 | Generasi Ketiga
Jentera Harian Yang Kini Lebih Praktikal

VS115 generasi ketiga menandakan satu evolusi penting dalam segmen moped Aveta, sambil kekal berteraskan asasnya sebagai jentera mobiliti yang praktikal dan mampu dimiliki.

Dibangunkan berdasarkan maklum balas penunggang, VS115 V3 dikuasakan oleh enjin 113cc serta dilengkapi lampu isyarat yang dipertingkatkan dan dua port pengecas USB Type-A dan Type-C untuk kemudahan gaya hidup masa kini.

 

Penambahbaikan ini menjadikan VS115 V3 teman tunggangan harian yang lebih berupaya dan relevan. Selaras dengan kedudukannya sebagai “Motor Madani, pilihan semua”, VS115 V3 terus mencerminkan komitmen Aveta dalam menyediakan mobiliti yang mudah diakses untuk seluruh rakyat Malaysia.

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Maroon, Blue dan Grey, memberikan penampilan yang lebih segar dan kontemporari kepada para penunggang.

Serra 125 | Satu Lagi Model Skuter Dari Aveta
Serra 125 menambahkan lagi pilihan khususnya kepada peminat motosikal Aveta ke dalam segmen skuter, sekali gus memperluaskan penawaran jenama ini dengan pilihan yang lebih mudah diakses dan praktikal untuk kegunaan harian.

Dikuasakan oleh enjin 124cc dan dilengkapi sistem BOSCH EFI, Serra 125 menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahan api dan prestasi yang diyakini. Ciri-ciri praktikal seperti brek cakera hadapan serta dua port pengecas USB Type-A dan Type-C turut menambah nilai untuk kegunaan penunggang harian.

Direka dengan berasaskan kemudahan penggunaan, ruang lantai ratanya memudahkan penunggang untuk naik dan turun dengan lebih selesa. Ini menjadikan Serra 125 pilihan yang sesuai khususnya bagi penunggang wanita serta mereka yang mengutamakan keselesaan dan kemudahan dalam perjalanan harian.

Serra 125 ditawarkan dalam pilihan warna bergaya dan muda iaitu Ash Grey, Mystic Mint dan Pixel Blue, bagi memenuhi citarasa pengguna yang mengutamakan gabungan gaya dan fungsi dalam satu pakej yang lengkap.

Nova 200 | Dibina Hasil Dari Maklum Balas Penunggang
Menjadi tumpuan utama ialah Nova 200, sebuah model yang lebih daripada sekadar naik taraf biasa dan menandakan tahap penambahbaikan baharu dalam siri Nova.

Susulan kejayaan memberangsangkan serta penerimaan positif pasaran terhadap rangkaian Nova, Nova 200 diperkenalkan bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang melalui peningkatan dari aspek prestasi, reka bentuk dan keselesaan.

Nova 200 tampil sebagai antara skuter sporty paling ringan dalam kategorinya, dengan berat hanya 112kg, sambil menghasilkan kuasa maksimum yang mengagumkan sebanyak 13.5 kW.

Gabungan ini menawarkan keseimbangan yang mantap antara prestasi dan ketangkasan. Model ini turut dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang, disokong sistem ABS dan TCS, bagi memberikan tahap keselamatan serta kawalan yang lebih baik.

Keselesaan dan praktikaliti penunggang turut dipertingkatkan menerusi ciri-ciri seperti penyerap hentak berkembar bergas boleh laras, tempat duduk baharu yang dipertingkatkan dengan sandaran belakang, serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas.

Antara ciri tambahan lain termasuk sistem keyless, Idling Stop System (ISS), dan kelegaan tanah setinggi 135mm, menjadikannya sesuai untuk tunggangan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Sebagai respons terhadap maklum balas penunggang, Nova 200 turut menampilkan reka bentuk lampu hadapan yang lebih tajam dan aerodinamik, diserlahkan lagi dengan elemen pencahayaan beriluminasi yang dipertingkatkan serta winglet hadapan yang mengukuhkan penampilannya di jalan raya.

Diposisikan sebagai “Your ultimate daily ride,” Nova 200 menggabungkan prestasi, rekaan dan praktikaliti harian dalam sebuah produk yang dibentuk berdasarkan jangkaan penunggang.

Nova 200 ditawarkan dalam tiga pilihan warna yang memukau; Neon Pulse, Nano Grey dan Nordic Blue. Setiap satu mencerminkan identiti yang garang dan moden.

Memperkembangkan Perkhidmatan Selepas Jualan
Selaras dengan komitmen berterusan terhadap kepuasan pelanggan, Aveta turut memperkenalkan program Aveta Care on Wheels (ACW) yang dipertingkatkan, disokong oleh rangkaian Preferred Plus Dealers.

Dengan menggabungkan Prefereed Plus Dealers ke dalam rangkaian rangkaian perkhidmatan servis bergeraknya, Aveta membawa sokongan selepas jualan lebih dekat kepada penunggang, sekali gus memudahkan penunggang mendapatkan bantuan dengan lebih pantas.

Inisiatif ini turut disokong oleh penambahan enam unit perkhidmatan selepas jualan bergerak di seluruh Semenanjung Malaysia, yang dikendalikan bersama pengedar bagi memperluaskan liputan serta mempercepatkan masa respons.

Untuk bantuan atau pertanyaan berkaitan servis, pelanggan boleh menghubungi Aveta Careline di talian 012-503 5409, bagi memastikan bantuan sentiasa mudah diakses.

 

 

Previous Post

3 Faktor Utama Mengapa Ramai Menukar Camshaft Asal

Next Post

Tirai Ditutup, Legasi Terpahat: Sebuah Cerita Yang Takkan Tamat.

Next Post

Tirai Ditutup, Legasi Terpahat: Sebuah Cerita Yang Takkan Tamat.

CAPAIAN

  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved