Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Wanita, Untuk Wanita

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-03-09
in BULETIN, UTAMA
0

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2023, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia melancarkan kelab Dewi Yamaha Malaysia sekali gus mengangkat imej kelab motosikal itu dari kaca mata sektor industri korporat tempatan. Menambahkan lagi kemeriahan majlis pelancaran kelab itu adalah kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh salah seorang dari pemimpin wanita yang banyak memperjuangkan hak-hak kaum wanita termasuk isu hak pembelajaran dan pelbagai lagi isu semasa.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industri, Datuk Dr. Jim Khor berkata data yang diperolehi oleh HLYM menyaksikan pemilikan motosikal dikalangan Wanita meningkat sehingga 25 peratus berbanding 14 peratus pada tempoh 10 tahun sebelum ini.

“Saya amat berbesar hati dan cukup teruja dapat bersama anda dalam meraikan Hari Wanita Sedunia 2023. Ini ditambah dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh – bukan sahaja seorang wanita dan pemimpin politik tanahair, malah dianggap ikon dikalangan wanita dewasa ini.

“Kehadiran Kelab Dewi Yamaha Malaysia merupakan satu platform bagi mengumpulkan kesemua pemilik motosikal dikalangan wanita dan HLYM berharap dapat merancang pelbagai program seperti konvoi dan aktiviti amal ke seluruh negara,” katanya pada majlis pelancaran yang berlangsung di Gamuda Cove.

Untuk info, dalam jangka masa 4 tahun, jumlah penunggang wanita telah menyaksikan peningkatan kepada 25% berbanding 10% beberapa tahun lalu. Ini petanda dan peningkatan yang amat baik. Dalam pada itu, Hannah Yeoh cukup teruja dengan peningkatan dan kesedaran kaum wanita dalam pelbagai aspek termasuk pemilikan motosikal dari jentera kecil hingga ke tahap memiliki dan membawa motosikal berkuasa tinggi.

“Hari ini, kita dapat melihat pelbagai kumpulan motosikal wanita semakin berkembang. Mereka bukan sahaja menjadikan motosikal sebagai kenderaan utama berulang alik kerja malah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah, dan menjadikan ia sebahagian daripada cara hidup mereka.

“Ini membuktikan di Malaysia, semakin ramai wanita yang berani keluar dari zon selesa dan bijak menceburi bidang baharu. Saya yakin, kemajuan teknologi dan dunia digital turut menjadi satu faktor pemangkin peningkatan riders (penunggang) wanita di Malaysia, ujar Hannah Yeoh.

Sebelum ini, menunggang motosikal secara berkumpulan sering dikaitkan dengan aktiviti yang dianggap tidak berfaedah seperti melepak dan merempit. Tapi hari ini, aktiviti sebegini telah berjaya membuktikan bahawa dunia motosikal adalah salah satu cabang kesukanan yang bermanfaat.

Lebih 700 penunggang wanita hadir dari seluruh negara pada majlis pelancaran Dewi Yamaha Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian Zumba, Pencarian Harta Karun, Cabaran Halangan, Klinik Motosikal dan kemuncaknya Cabutan Bertuah kepada semua ahli termasuk hadiah istimewa cabutan sebuah jentera Yamaha Ego Gear untuk dewi Yamaha yang bertuah.

Pelbagai aktiviti menarik juga akan dianjurkan di bawah kelab Dewi Yamaha Malaysia. Paling hampir adalah Marshal Riding Training yang dianjurkan pada 13 Mac. Aktiviti lain yang turut dianjurkan di masa hadapan termasuklah, Safety Riding Training, Dewi Yamaha Cares, “Motivational Talk” serta pelbagai lagi.

Previous Post

Shahrol Shazras, Cuba Tingkatkan Prestasi Selangkah Demi Selangkah

Next Post

2023 HI-REV SoyaCincau Racing Team

Next Post

2023 HI-REV SoyaCincau Racing Team

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved