Kebanyakan penunggang dan pemilik motosikal, lebih arif bila berbicara tentang penjagaan dan modifikasi. Tidak kurang juga yang mengambil berat tentang keselamatan. Bagi mereka, semua bahagian motor memainkan peranan yang sama penting dan tidak boleh dipandang remeh. Salah satu yang sering dipandang mudah tetapi sangat penting adalah rantai motosikal.
Pemilihan dan penjagaan rantai motosikal amat berkait rapat bukan sahaja untuk keselamatan, malah juga memainkan peranan besar ke atas prestasi motosikal. Berfungsi untuk menghubungkan kuasa enjin dari enjin seterusnya ke roda belakang, ia seakan tali hayat yang memastikan motor yang ditunggang terus bergerak.
Sekiranya tersalah pilih atau menggunakan rantai motosikal yang tidak berkualiti, ia bukan sahaja menjejaskan prestasi malah dikhuatiri boleh terputus pada bila-bila masa dan mengakibatkan kemalangan jiwa. Justeru, pemilihan rantai yang sesuai dan berkualiti amat penting sebelum dipasangkan ke atas motosikal.
Salah satu jenama yang boleh dipercayai dan menghasilkan rantai motosikal berkualiti adalah CZ Chains. Jenama keluaran negara Republik Czech edaran MKA Motorparts (M) Sdn Bhd ke pasaran tempatan ini bukan sahaja menghasilkan rantai motosikal berkualiti tinggi, malah turut mengeluarkan produk untuk kegunaan industri automotif dan juga perladangan. Diperkenalkan dalam industri permotoran menerusi produksi tradisional pertamanya, CZ Chains memegang portfolio lebih 2000 jenis rantai sehingga hari ini dengan anggaran pengeluaran lebih 45 juta meter rantai.
Produk keluaran CZ Chains ini dihasilkan menggunakan bahan berkualiti seperti keluli berkualiti tinggi dari Jerman, untuk prestasi tinggi dengan perintang kakisan serta kekuatan tegangan rantai motosikal untuk tahan lama. Setiap rantai motor keluaran CZ Chains ini telah menjalani ujian dan lulus digunakan di arena lumba motor seluruh dunia. Selain itu, rantai motor CZ Chains ini telah menerima sijil pengeluaran dan kualiti ISO TS 16949 dan diluluskan TUV.
Dipasarkan kepada lebih 60 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, CZ Chains juga merupakan pembekal rantai OEM untuk KTM, BETA Motor, BMW, Ducati dan banyak lagi jenama lain.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/