Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Cub Prix Pusingan Ketujuh, Curi Perhatian Dengan Pertarungan dan Aksi Mendebarkan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-09-09
in BULETIN, UTAMA
0

Pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Litar Lumba Tangkak, Johor berlangsung sengit, dengan setiap kategori menyajikan persaingan mendebarkan yang mencuri tumpuan penonton di litar mahupun di rumah. Dalam kategori CP150, tumpuan terarah kepada pertarungan sengit antara nama besar di barisan hadapan.

Sejak perlumbaan bermula, Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pantas menguasai kedudukan hadapan, diikuti rapat Ahmad Afif Amran dari PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing serta rakan sepasukannya, Md Akid Aziz. Tidak ketinggalan, Md Faiz Zekri Sabri (ATAS AHM Motor Sports) dan Azroy Hakeem Anuar (Honda Estremo Yuzy Racing) turut berada dalam kelompok lima terbaik.

Menjelang pusingan kelima, lima pelumba utama ini berjaya membina jurang hampir satu saat daripada kumpulan kedua. Kasma terus mendahului sehingga ke pusingan kesembilan, namun Afif semakin hampir, mengekori dengan jarak kurang daripada 0.200 saat, menjadikan suasana di pit dan di tepi litar semakin panas.

Baki tujuh pusingan terakhir menyaksikan Afif dan Kasma mengasingkan diri di hadapan dengan kelebihan dua saat daripada pesaing lain. Afif terus menekan mencari ruang, dan akhirnya berjaya memintas pada dua pusingan terakhir. Walaupun Kasma cuba bangkit, Afif kekal tenang hingga ke garisan penamat. Beliau menamatkan saingan dengan catatan 14’36.160s, hanya 0.204s di depan Kasma, manakala Akid melengkapkan podium di tempat ketiga dengan catatan 14’38.246s.

Perlumbaan CP125 tidak kurang sengit apabila Md Idlan Haqimi Raduan dari ZYNERGYS Honda KC Racing Team muncul wira dengan kebangkitan dramatik. Bermula di barisan hadapan, Idlan bersaing rapat bersama Arash Tsunami Kamarudin (ATAS AHM Motor Sports) dan Md Syamil Amsyar Md Iffende (PETRONAS Sprinta Yamaha–31 Racing).

Arash sempat memintas Idlan di pusingan ketiga dan mencatat masa terpantas perlumbaan di pusingan keempat, melebarkan jurang. Namun, tekanan tidak pernah reda apabila Idlan, Syamil, Farid Hakimi dan Adib Arsyad kekal memberikan tentangan rapat. Pertarungan lima pelumba ini akhirnya terpecah kepada dua kelompok, dengan Arash, Idlan dan Syamil di hadapan.

Detik penamat menjadi tumpuan apabila Syamil cuba mencuri peluang memintas Arash, namun ruang itu segera dimanfaatkan Idlan untuk kembali memimpin. Arash cuba membalas, tetapi Idlan menutup setiap ruang dengan kemas. Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’27.870s, hanya 0.047s di depan Arash. Adib pula mencuri peluang di penghujung untuk meraih podium ketiga dengan catatan 11’30.741s.

Kategori Wira KBS pula menyaksikan penguasaan mutlak ZYNERGYS Honda KC Racing Team. Md Akif Abdullah memulakan perlumbaan dengan cemerlang, meninggalkan pesaing lain seawal pusingan ketiga apabila mencatat masa terpantas 46.084s. Jurang terus melebar sehingga tiga saat, menunjukkan kelebihan jelas Akif di atas litar.

Rakan sepasukan Akif, Adi Putra Anahar, turut menyerlah apabila bangkit ke kelompok hadapan dengan catatan masa terpantas perlumbaan 45.854s. Usaha itu membolehkan ZYNERGYS menguasai kedudukan dua teratas, sekali gus membuka peluang podium berganda. Drama bagaimanapun berlaku apabila Md Al-Syafiq Md Al-Amirul Zaki dan Md Akid Md Shah terjatuh ketika bersaing untuk kedudukan podium.

Di penghujung, Akif selesa di hadapan menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9’15.401s tanpa sebarang cabaran. Adi pula memastikan podium berganda buat pasukan selepas menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 9’16.832s. Diikuti Farres Putra (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing) di kedudukan ketiga.

Top 3 Terpantas – CP150
1. Ahmad Afif Amran – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’36.160s)
2. Kasma Daniel Kasmayudin – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (14’36.364s)
3. Md Akid Aziz – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’38.246s)

Top 3 Terpantas – CP125
1. Md Idlan Haqimi Raduan – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (11’27.870s)
2. Arash Tsunami Kamarudin – ATAS AHM MOTOR SPORTS (11’27.917s)
3. Md Adib Arsyad Md Hisam – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (11’30.741s)

Top 3 Terpantas – Wira KBS
1. Md Akif Abdullah – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (9’15.401s)
2. Adi Putra Anahar – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (9’16.832s)
3. Farres Putra Md Fadhill – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (9’19.846s)

Previous Post

Dari Besi Usang ke Jentera Paling Disayang

Next Post

Dari Deruman Enjin ke Kibaran Jalur Gemilang, Semangat Permotoran & Patriotisme Bergabung di Batu Kawan

Next Post

Dari Deruman Enjin ke Kibaran Jalur Gemilang, Semangat Permotoran & Patriotisme Bergabung di Batu Kawan

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved