Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Crew RS150 Perak Official Hangatkan Pangkalan TLDM Lumut Dengan Solidariti 50 Jentera

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-06-29
in BULETIN, UTAMA
0

Kelab Komuniti Crew RS150 Perak Official telah menganjurkan satu program konvoi yang penuh bermakna ke Hari Terbuka Armada TLDM Lumut 2026 pada 3 Mei 2026 yang lalu. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 50 orang ahli yang terdiri daripada pengguna motosikal Honda RS150R, RSX15O dan RSX WINNER 150 dari seluruh negeri Perak. Konvoi ini diketuai oleh saudara Zam, yang sentiasa memastikan perjalanan berlangsung dengan lancar, selamat serta mengikut disiplin konvoi yang telah ditetapkan.

Seawal pagi, semua peserta telah berkumpul di Restoran Wan Lebor sebagai lokasi (RV). Kesemua ahli hadir dengan penuh semangat sambil mengenakan pakaian rasmi CRS Perak Official, melambangkan semangat perpaduan, kekitaan dan imej profesional kelab. Acara diteruskan dengan sesi taklimat keselamatan yang diadakan tepat jam 10.00 pagi dan telah disampaikan kepada semua peserta sebelum konvoi memulakan perjalanan.

Pada jam 10.30 pagi, tayar mula bergolek menuju ke destinasi pertama kg Telaga Nenas yang terletak di Air Tawar, Perak. Konvoi bergerak secara berhemah dan mematuhi segala peraturan jalan raya sepanjang perjalanan. Sikap bertolak ansur, saling membantu dan semangat berpasukan jelas dapat dilihat dalam kalangan peserta. Keindahan pemandangan sepanjang laluan turut menambahkan keseronokan konvoi, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli.

Tepat jam 12.00 tengah hari, rombongan singgah menikmati makan tengah hari di Restoran Mee Udang Selambak Cikwa. Hidangan mi udang yang terkenal dengan keenakan rasanya menjadi santapan istimewa kepada semua peserta sebelum meneruskan perjalanan. Suasana makan yang santai dipenuhi dengan gelak tawa dan perbualan mesra, menjadikan detik tersebut lebih bermakna.

Selesai menikmati makan tengah hari, konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Pangkalan TLDM Lumut bagi menghadiri Hari Terbuka Armada TLDM 2026. Ketibaan rombongan disambut dengan suasana yang sangat meriah kerana pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung. Antara tarikan utama program ialah lawatan ke kapal-kapal TLDM, yang memberikan peluang kepada orang ramai melihat dengan lebih dekat aset-aset pertahanan negara.

Selain itu, turut diadakan Pameran Aset TLDM, Fun Run, Pertandingan Memancing, Pertandingan Karaoke, Petting Zoo, Car Booth Sale, Pertandingan Tali Baling, Soopa Doopa, Gerai Pameran, Food Festival, aktiviti menaiki bot, serta Gimik Pelancaran yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Kesemua aktiviti ini berjaya menarik ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli-ahli CRS Perak Official turut mengambil peluang mengunjungi setiap ruang pameran bagi menambah pengetahuan mengenai keupayaan dan peranan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara. Program sebegini bukan sahaja memberi hiburan kepada pengunjung, malah dapat memupuk semangat patriotisme serta menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara.

Sebelum acara berakhir, semua ahli telah mengadakan sesi bergambar sebagai kenangan manis sepanjang menyertai konvoi dan program tersebut. Gambar-gambar yang dirakam menjadi bukti eratnya hubungan persaudaraan dalam keluarga besar CRS Perak Official serta menjadi memori indah untuk dikenang pada masa hadapan. Program Hari Terbuka Armada TLDM 2026 berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Sebelum pulang ke destinasi masing-masing, rombongan singgah menikmati minum petang di Dataran Lumut sambil berkongsi pengalaman dan cerita sepanjang perjalanan. Suasana santai di tepi pantai menjadi penutup yang cukup indah bagi konvoi pada hari tersebut. Keseluruhannya, Konvoi Crew RS150 Perak Official ke Hari Terbuka Armada 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama ahli, malah memberi peluang kepada semua peserta mengenali dengan lebih dekat aset serta kehebatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Diharapkan semangat perpaduan, disiplin dan persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan.

Semoga bertemu lagi di program dan konvoi Crew RS150 Perak Official yang akan datang. Enjoy Your Ride, Always Stand Together!

Perkongsian : Zam CRS

Previous Post

Kejutan Dan Aksi Mencemaskan Sepanjang Perlumbaan

Next Post

Misi Jelajah Sembilan Sekawan, Sukses Meredah Hujan Melangkaui Sempadan

Next Post

Misi Jelajah Sembilan Sekawan, Sukses Meredah Hujan Melangkaui Sempadan

CAPAIAN

  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved