Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

CMC XY 400… Bergaya dan Klasik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-06
in SHOW OFF, UTAMA
0

Rare. Menarik dengan gaya tersendiri. Dua era, dua generasi dan dua kategori bakal menjadi pemiliknya. Sekilas pandang, serupa tetapi tidak sama Honda CG. Apabila dipandang untuk kedua kali, zaman Suzuki GP 100 segera menggamit memori. Adakah ia jelmaan legenda era 70-an?

Kekeliruan pasti timbul jika motosikal ini tidak benar-benar didekati dan melihat dari kejauhan sahaja. Justeru itu, cara yang paling tepat untuk menilai sebelum membuat pilihan dan memilikinya adalah dengan sesi tunggang uji. Namun, bukan semua peminat 2 roda diberi kesempatan menguji sesebuah motosikal sebelum membeli. Di sini tugas kami bermula dalam misi membantu anda membuat pilihan tepat untuk memiliki motosikal idaman dengan memberi info serta tips-tips yang boleh dijadikan panduan.

Gaya mutlak tanpa batasan! Adakah tagline ini sesuai digunakan motosikal CMC XY 400? Bagi mengetahuinya, ikuti keputusan siri ujian yang telah dilakukan ke atas model ini di akhir artikel.

Motosikal CMC XY 400 ini merupakan hasil dari negara China yang dibawa masuk oleh Chear Global Sdn Bhd ke Malaysia. Kesemua model yang dibawa masuk ini menggunakan sistem lama iaitu kaburetor. Namun begitu, pasukan mekanik CMC Chear Global Sdn Bhd yang terdiri dari anak tempatan telah mencabar kemahiran masing-masing dengan mengubahsuai model ini dengan menggunakan sistem Injection. Bukan sahaja menguji kemampuan mereka, malah dalam masa sama turut menguji keampuhan motosikal ini di pasaran Malaysia.

Keunikan terletak pada rekabentuk yang tidak terusik serta mengekalkan ciri-ciri asal sebuah motosikal klasik. Handle bar yang agak luas, memberikan keselesaan agar mudah penunggang mengawal motosikal dalam apa jua keadaan. Amat sesuai untuk mereka yang suka bersantai sambil menikmati pemandangan dalam perjalanan jauh.

Jurutera dan pereka model XY 400 ini sudah tentu sukakan kelainan dan keajaiban. Ini dapat dilihat menerusi sistem lampunya. Selama ini, belum pernah lagi ditemui sistem lampu auto dan separa auto. Pelik? Baiklah. Apabila suis dihidupkan seperti biasa, lampu hadapan akan terus menyala secara auto tetapi tidak untuk belakang dan juga lampu meter. Saya fikirkan yang mentol lampu terbakar tetapi kedua-dua lampu depan dan meter ini hanya akan menyala secara manual. Salah satu langkah penjimatan bateri dan lazimnya selalu ditemui pada jenama motosikal dari China. Mungkin juga ia konsep untuk mempromosikan barangan keluaran mereka.

Berbekalkan 5 rangkaian gear, dibantu enjin silinder tunggal 4 lejang 185YMQ yang menjana kuasa maksima sebanyak 26.5h/p dari kapasiti 397.22cc menghasilkan kelancaran tunggangan lebih mantap. Pelik, bukan? Enjin silinder tunggal (Single Cyclinder) tapi ada dua ekzos. Reka bentuk ekzos dari corong lengkung dengan paip ekor yang menyempit merupakan ciri Vintaj unggul dari model XY 400, seakan motosikal Retro British yang cukup terkenal menggunakan rim lidi di zaman 60-an. Tangki minyak berkapasiti 13 liter adalah suatu lambang klasik motosikal Retro British. Keunikan CMC XY 400 disempurnakan lagi dengan pemasangan tempat duduk yang panjang serta jahitan berbelang.

Ekoran kekangan waktu serta tugasan yang tidak menentu, ujian tunggangan hanya melibatkan perjalanan jarak dekat iaitu 150km. Walaupun begitu, hasil-hasil ujian tunggangan ke atas motosikal yang telah diubah kepada sistem Injection ini cukup memuaskan dari segi pecutan, pikap dan penggunaan bahan api. 150km/j cukup mudah dicapai dalam jarak yang singkat. Terdapat bahagian-bahagian keluli yang menyerlahkan keanggunan XY 400.

Antaranya penutup rantai, fender dan lampu signal serta lain-lain lagi. Ianya direka sedemikian bagi mengelak dari imej bahagian kosmetik plastik masa kini yang kurang berkualiti. Persoalan mungkin timbul tentang kestabilannya. Dengan berat 150kg yang dikategorikan sebagai sederhana, kestabilannya sebagai sebuah motosikal bertaraf klasik sudah memadai. Sepertimana yang diketahui, jentera ini direka khusus untuk tunggangan santai dan pecutan bukan satu isu yang perlu diutamakan.

Bagaimana pula dengan sistem keselamatan? Jangan risau. Brek hadapan dihidangkan dengan cakera tunggal (Single Disc) dan brek belakang masih lagi menggunakan sistem Drum. Kepada yang berniat untuk cuba-cuba main ‘kona’ di selekoh yang kurang tajam, dipersilakan asalkan anda tahu kemampuan diri ketika mengambil selekoh. Ramai yang mempersoalkan, mampukah tayar bersaiz 100/90/19 di hadapan dan saiz 130/70/18 di belakang memberikan cengkaman ketika di dalam selekoh? Jawapan saya mudah. Anda ada skill? Maka anda mampu berbuat sedemikian.

Berdasarkan ujian pada suspensi hadapan iaitu henjutan Dwi Teleskopik dan henjutan dari Dwi Spring di belakang cukup membanggakan. Baik sama ada di jalan yang tidak rata, mahupun berlubang serta selekoh. Tidak sedikit pun motosikal ini memberikan kesan atau impak yang menyakitkan badan. Jadi secara tidak langsung, tagline “Gaya Mutlak Tanpa Batasan” sangat sesuai untuk CMC XY 400 dengan keampuhan dan karektor dimilikinya.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 31

Previous Post

Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia; Hafizh Syahrin Harap Lepas Sekatan

Next Post

53 Motosikal dan 8 Kereta Musnah Di PPR Gombak Setia

Next Post

53 Motosikal dan 8 Kereta Musnah Di PPR Gombak Setia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved