Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Cipta Suasana Harmoni Suami Isteri

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Selain memberikan peluang untuk menikmati aktviti yang menarik, melakukan ritual kerja di luar skop rumah tangga bersama dengan pasangan, merupakan satu gerak kerja yang juga turut menyegarkan lagi hubungan sebagai suami isteri. Di arena permotoran, aktviti ride sering dilakukan secara solo atau berkumpulan dengan tumpuan kepada satu jantina sahaja.

Jika kumpulan itu lelaki maka aktiviti dilakukan tanpa pasangan terbabit. Namun sejak akhir-akhir ini, ramai pasangan pertengahan umur (kumpulan keluarga muda) atau pasangan berusia, sudah mula melakukan aktiviti permotoran seperti ride (berkonvoi) dengan pasangan sendiri. Sama ada membonceng atau menunggang motosikal secara berasingan, aktiviti ride suami-isteri dilihat sebagai satu hobi dan riadah paling disukai oleh pasangan zaman sekarang.

Jika dahulu, hanya kaum lelaki lebih banyak menghabiskan masa hujung minggu dengan bermotosikal, kini masanya sudah berbeza. Bagi mereka yang sudah berumahtangga, ride bersama keluarga lebih sesuai dan memberi suasana harmoni kepada pasangan.

Itu mesej yang ingin disampaikan oleh Ema Maria. Berbeza pada zaman dahulu, kini perubahan nampak ketara malah figura selebriti seperti Nisdawati Nazaruddin dan pasangannya Fauzi Nawawi juga mempunyai hobi bermotosikal bersama.

Personaliti yang menghiasi cover majalah RoadStar kali ini bukan siapa-siapa bagi pihak di luar sana. Bukan selebriti atau VVIP terkenal yang nama mereka sering diangkat menghiasi mana-mana platform sosial media. Namun bagi mereka yang berada dalam Group SYM VF3i 185, kelibat pemilik nama sebenar Mariatul Nurakmar Mohd Zin dan pasangannya cukup dikenali oleh ahli kumpulan atas keprihatinan dan kebertanggungjawaban mereka berdua dalam apa jua aktiviti.

Mengimbau kembali detik awal pembabitannya dalam dunia dua roda ini, Mariatul yang lebih mesra dengan panggilan Ema Maria mengakui hobi menunggang motosikal bermula sejak dia memiliki model SYM VF3i 185 sekitar tahun 2020. Ketika itu, Ema Maria berstatus ibu tunggal pada awalnya berbelah bahagi pilihan yang mahu ‘dilamar’ untuk menjadi sebagai pengangkutan utama berulang alik ke tempat kerja.

“Ada banyak pilihan ketika itu dan paling kuat adalah dari jenama Jepun. Namun saya memilih model ini kerana beberapa kriteria seperti penampilan, warna dan juga elemen berbeza dari model lain.

“Malah, abang (pasangannya) juga turut memilih model yang sama. Namun ketika saya memilih pembelian model itu, kami saling tidak mengenali,” ujar Ema Maria Ketika mengungkap kisah pembelian motosikal SYM VF3i 185 ini.

Bermula sewaktu zaman solo sehingga kedua-duanya diikat sebagai pasangan suami isteri, ada sahaja aktviti yang mereka lakukan bersama. Lebih menarik kedua-duanya meminati ‘genre’ yang sama iaitu aktviti bermotosikal. Dengan motosikal, kedua-duanya bertemu setelah sering bersua muka dalam aktiviti membabitkan kelab SYM VF3i 185.

“Saya dikenali sebagai Ema Maria dalam kalangan pemilik atau dalam Group SYM180E3. ‘Nick name’ itu diambil dari kisah filem Janji Diana lakonan Fazira Wan Chek (Erra Fazira) satu ketika dahulu.

“Dari kecil saya sering terjatuh (insiden) motosikal disebabkan tayar yang kecil. Dengan bajet yang tak seberapa dan bantuan suami sekarang ini, saya bertukar selera dengan modifikasi tayar besar.

Menurut Ema Maria lagi, minatnya terhadap model SYM ini disebabkan tangkinya agak besar berbanding pesaing jenama lain. Sudah tentu bagi mereka yang bercita-cita untuk ‘ride’ jauh, kapasiti tangki minyak menjadi keutamaan.

“Bagi mereka yang ride jauh-jauh, jika tangki minyak besar, tidak perlulah berulang kali singgah ke stesen minyak. Start je tayar golek, anda boleh ‘lock’ terus throttle di atas highway.
“Bukan setakat tangki minyak besar, ketika itu model SYM VF3i 185 turut memiliki penampilan yang menarik. Selain itu, model ini turut dipadankan dengan enjin 6 gear kelajuan. Sesuatu yang berbeza dengan pencabar lain”, ujar Ema Maria ketika sesi pencerahan kepada penulis perihal mengenai model ini.

Berasal dari Tasik Chini, Pahang, wanita bertubuh sederhana ini mengakui pda usia 15 tahuh sudah terbiasa dengan jentera dua roda malah sempat mencuri menunggang motosikal ketika di alam persekolahan lagi. Bermula dari ‘curi-curi’ membawa motosikal Honda Rider milik ayahnya, Ema Maria tekad untuk mengambil lesen motosikal sebaik berpeluang melebar sayap dalam sektor pekerjaan.

Ketika membicarakan motosikal yang kerap dipanggil netizen permotoran sebagai GTB (Geng Tayar Besar), Ema Maria mengakui cukup puas dengan modifikasi yang sudah dibina setakat ini.

“Tapi nasihat saya kat luar sana, ukur sendiri belanja poket di seluar sebelum membuat sesuatu modifikasi motosikal. Memang belanjanya agak besar juga. Selain dari itu, keselamatan dan undang-undang juga perlu dipatuhi.

“Tak perlulah lari dari ‘roadblock’ bagai. Hadap je, kalau dah rasa tak cuku tapi kalau boleh, biarlah persiapan itu memenuhi dan mematuhi undang-undang sebelum turun ke atas jalan raya sebenar,” ujar Ema Maria ringkas namun cukup padat.

Menurut Ema Maria lagi, minatnya terhadap model SYM ini disebabkan tangkinya agak besar berbanding pesaing jenama lain. Sudah tentu bagi mereka yang bercita-cita untuk ‘ride’ jauh, kapasiti tangki minyak menjadi keutamaan.

Previous Post

Dizahirkan Atas Topi Keledar GRACSHAW

CAPAIAN

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved