Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Catat 11 Kemenangan, Qabil Irfan Juara Keseluruhan 110cc!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-12-13
in BULETIN, UTAMA
0

SIC Ohvale Junior Championship 2021 yang terlebih dahulu sebagai SIC MiniGP telah menamatkan musim sulungnya baru-baru ini dan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Qabil Irfan apabila muncul juara keseluruhan kelas 110cc. Ia juga menandakan kemenangan untuk ZK Racing bersama rakan-rakan penganjur dalam usaha membangunkan bakat di peringkat akar umi sukan permotoran tanah air.

Bagi menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19, ZK Racing bersama Sepang International Circuit (SIC) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bertekad serta mempertingkatkan untuk menaikkan martabat dalam saingan kejuaraan tahun ini. Salah satu usahanya yang boleh dipuji apabila meletakkan tiga pelumba negara; Farish Hafiy, Farres Putra dan Emil Idzhar untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada FIM MiniGP World Finals di Valencia, Sepanyol bulan lepas.

Kejayaan yang dicipta pada musim ini menjadi pembakar semangat kepada penganjur untuk membuat perancangan yang lebih besar bagi musim 2022 termasuk penganjuran perlumbaan di luar Litar Go Kart Antarabangsa Sepang. Musim ini juga memberi peluang dan ruang untuk pelumba-pelumba cilik berbakat besar. Bagi saingan 100cc musim ini telah diungguli Qabil yang memenangi kedua-dua perlumbaan pada hari Sabtu dan terus cemerlang dengan kemenangan berganda pada hari ini termasuk saingan di litar basah pada Perlumbaan 4 untuk Pusingan 5.

Pelumba cilik berusia sembilan tahun dari Terengganu ini cukup pantas dan dicabar pesaing terdekatnya, Adam Danial. Persaingan sengit di antara kedua-dua pelumba ini berakhir apabila Adam terjauh dan memberikan ruang kepada Qabil memecut sekaligus mencatatkan kemenangan yang ke-11 untuk musim ini. Selepas lima pusingan, Qabil mengumpulkan 284 mata untuk muncul juara keseluruhan dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship 110cc.

Manakala untuk kelas 160cc menyaksikan penguasaan tiga wakil negara di FIM MiniGP World Series dengan Emil mengenepikan cabaran Farish dan Farres, yang masing-masing terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan ketiga untuk Perlumbaan 3 Pusingan 5, yang berlangsung ketika tengah hari di litar kering itu. Perlumbaan terakhir musim 2021 kelas 160cc lebih mencabar dengan bermula di litar kering sebelum hujan mula turun pada pertengahan saingan, yang dipendekkan kepada 15 lap daripada jarak asal 20 lap.

Perlumbaan bermula dengan Farish memimpin perlumbaan sebelum dipintas oleh Farres, yang terjatuh apabila saingan berlangsung di litar basah. Pemenang kedua-dua perlumbaan semalam, Farish mengambil alih pimpinan perlumbaan, yang muncul pemenang apabila diberhentikan selepas Lap 12 dengan Emil menduduki tempat kedua.

Previous Post

Asah Bakat Golongan Muda, Berlumba Di Tempat Yang Betul

Next Post

Rebut Peluang Untuk Bawa Pulang Motor Yamaha Y15ZR Atau Honda RS-X 2022!

Next Post

Rebut Peluang Untuk Bawa Pulang Motor Yamaha Y15ZR Atau Honda RS-X 2022!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved