Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Cabaran Perjalanan 10 Jam, Perkukuhkan Ukhuwah & Semangat Setia Kawan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-06-24
in BULETIN, UTAMA
0

Keseronokan menyertai kelab motosikal bukan sahaja terbatas setakat berkongsi minat yang sama, tetapi juga mencipta ruang untuk menambah pengetahuan, mengukuhkan kemahiran dan berkenalan dengan lebih ramai orang. Lebih menyeronokkan lagi, apabila pimpinan kelab-kelab motosikal ini sering menganjurkan pelbagai aktiviti tanpa membelakangkan ahli-ahli.

Salah satu kelab yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti ialah para pemilik motosikal Yamaha TZM, Utara Motor Club yang lebih dikenali sebagai UMC. Ditubuhkan pada 8 Disember 2020, kelab ini bermula dengan Kedah Utara Bikers tetapi ditukar kepada Utara Motor Club pada awal tahun 2021. Kelab ini yang pada awalnya disertai seramai 10 orang ahli, kini mencatatkan seramai 78 orang ahli dan keahlian terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli.

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, objektif penubuhan UMC ini juga untuk mencari lebih ramai rakan, berkongsi pendapat tentang masalah teknikal motosikal dan dalam masa yang sama mengukuhkan ukhuwah. Setakat ini, pelbagai aktiviti telah dianjurkan dan disertai. Antaranya seperti Ride Santai, Mengiringi Pengantin, Himpunan Motor Tua, Jelajah Negeri, Mengopi, Ride Amal Pemberian Sumbangan dan juga melawat lokasi menarik di Malaysia dan juga Thailand.

Baru-baru ini, UMC telah memeriahkan penganjuran Himpunan Motor Yamaha TZM yang diadakan pada 1 Jun lalu di The Payang Scout Hotel Terengganu. Penganjuran kali ini berjaya menghimpunkan para pemilik dan peminat Yamaha TZM dari seluruh Malaysia. Dianjurkan bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah persahabatan, ia juga memberi pengalaman menarik kepada semua yang turut hadir menyemarakkan lagi penganjuran kali kedua program ini.

Perjalanan 10 jam dari utara menuju ke timur dipenuhi pelbagai cabaran untuk ahli-ahli kelab UMC sekali gus menguji semangat setia kawan sehingga tiba ke lokasi program Himpunan Motor Yamaha TZM di Terengganu. Memandangkan jentera yang digunakan adalah motor-motor lama, kerosakan seperti ini bukan sesuatu yang pelik tetapi sudah dijangka berlaku. Itulah yang dikatakan cabaran yang mengiringi perjalanan untuk dijadikan sebagai kenangan masa hadapan.

Apabila para peserta selamat tiba ke lokasi program, kepuasan dan kesyukuran menyerlahkan lagi keindahan melakukan aktiviti bersama rakan-rakan yang berkongsi minat sama. Jika anda mempunyai minat sama dan ingin mencipta serta berkongsi dengan mereka yang sama-sama memahami, bolehlah sertai UMC dengan menziarahi halaman Facebook mereka, Utara Motor Club.

Previous Post

Dikemaskini Dengan Lebih Kuasa, Harga Bermula Dari RM27,999

Next Post

Hanya Yang Bertuah Menjadi Pemilik Secebis Legasi Harley-Davidson

Next Post

Hanya Yang Bertuah Menjadi Pemilik Secebis Legasi Harley-Davidson

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved