Bermula sebagai kenalan di laman sosial Facebook, rakan-rakan ini kemudiannya membentuk sebuah kelab sukan bermotor antara yang paling aktif di Sabah. SRS (Scoot Rider Society) atau nama rasminya Kelab Sukan Bermotor Skuter Kota Kinabalu merupakan sebuah kelab berdaftar di bawah Jabatan Belia dan Sukan Sabah sejak Mei 2012 di bawah naungan Azreen Khasful Qayyum Khainih yang ditubuhkan pada 27 November 2010.
Menghimpunkan peminat dan penunggang skuter terdiri dari remaja berusia 18 dan ke atas tanpa mengira agama dan kaum. Kelab ini bersatu di bawah slogan “We’re not just bikers in this community of SRS, We’re brothers & sisters”. Dengan ahli seramai 56 orang, kelab ini seringkali terlibat dalam aktiviti sosial seperti gotong-royong, kempen keselamatan jalan raya, berkonvoi dan lain-lain lagi.
Mengembara sekitar Sabah dengan skuter ke daerah Tawau, Kudat, Kota Belud, Tuaran, Ranau, Labuan dan berharap untuk menghabiskan kembara ke seluruh borneo satu hari nanti.