Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

BRP Can Am Spyder

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

BRP Can Am Spyder

Saya selalu berangan-angan hidup mewah (hahahaha). Tinggal di sebuah rumah banglo dengan sebuah Vellfire, Mini cooper, Hilux dan di hadapan sekali motosikal BMW S1000RR. Kelihatannya hidup macam dah sempurna kan?

Pernah lihat motosikal 3 roda? Maksud saya, dua di depan dan satu di belakang. Tapi bukan motosikal ‘carrier’ pasar malam brader!

BRP – Bombardier Recreational Products – syarikat unik yang cukup berani mengahasilkan produk yang satu-satunya dikomersialkan di dunia. Pada awalnya saya juga sangka ia sebuah kenderaan berkonsep motosikal yang mungkin terhasil dari kekurangan roda ATV. Dengan melihat profil Rotax dan Can-Am ini juga kita boleh jangka.

Namun setelah menunggang (atau memandu?) Can-Am ini buat seketika, saya boleh rumuskan ia sebenarnya lebih cenderung ke arah sebuah kereta. Penyelidikan ringkas di laman web juga menemukan hasil yang sama. Ia digelar roadster.

Jadi kenapa konsep begini dibuat? BRP lebih terkenal sebagai pengeluar kenderaan salji mengorak langkah untuk menghasilkan kenderaan rekreasi ekstrem. Dua roda diletakkan di depan dan pemacunya menggunakan talisawat di roda belakang. Kotak gearnya jenis semi automatik dengan gear undur. Stabil? Sudah tentu dengan kawalan traksi dan brek anti kekunci.

Letak sahaja kaki ke palang pemijaknya buat pertama kali agak kekok. Ini kerana sebelah kaki anda akan mencari lantai untuk dipijak. Padahal kedua-dua kaki sepatutnya berada atas pemijak motosikal ini. Saya juga mencari tuas brek hadapan yang tak wujud. Can-Am ini hanya menggunakan brek kaki yang mengawal ketiga-tiga rodanya – Ya. Sama konsepnya dengan sebuah kereta.

Namun setelah dikomersialkan, jelas bahawa Spyder ini menepati ciri sebuah motosikal. Justeru tidak hairanlah, kebanyakan ujian pandu kelayakan meletakkan syarat tunggangannya ialah lesen memandu motosikal. Padahal kalau mengikut istilah kebanyakan ‘type approval’ sebarang kenderaan dengan gantungan gandar (axle) mesti diletakkan di bawah kategori kereta.

Namun, itu bukan persoalan utama. Jika anda sudah cukup sempurna seperti hidup dalam angan-angan saya tadi mungkin Spyder ini adalah pelengkap kenderaan di kawasan parkir tadi. Sarungkan topi keledar penuh muka, jaket keselamatan dan sarung tangan, hidupkan enjin dan pulas pendikit ke arah kawasan desa, nescaya anda dapat hayati keseronokan menunggang Spyder ini.

Dikuasakan dengan enjin Rotax 990cc V-twin 106 kuasa kuda, motosikal unik ini mampu bergerak dari titik 0 dengan cukup lancar. Saya kira, sistem suntikan bahanapinya dengan badan pendikit 2.24 inci ini dilaras dengan begitu tepat. Pendikitnya sensitif umpama sebuah sportbike dengan laras perlumbaan. Cepat dan tangkas membawa arah roda mana yang perlu dikawal rapi. Kalau kurang mahir, ia boleh jadi bahaya kerana anda tentu sahaja cuba mencari tuil brek di tangan yang tak wujud.

Dipasarkan dengan 2 sasaran yang berbeza, Spyder ini terbahagi kepada model RS dan RT. Kedua-duanya dibina dari platform yang sama cuma gaya pemanduannya membezakan antara jenis sport dan touring. Sekali lagi, ia memang bertujuan mengalihkan minat penunggang motosikal ke arah jentera 2 roda.

Roadster Touring
Saya rasa, pesaing paling dekat untuk model Touring ini mungkin datangnya dari model Honda Goldwing atau BMW K1200RS. Dengan badan belakang lebar, ruang simpanan barang dari pelbagai komponen, penyandar pembonceng belakang yang ultra selesa meletakkannya sebagai touring premium.

Seperti kedatangan Goldwing kali pertama yang ‘mengejutkan’ industri motosikal, Spyder RT ini juga mencari ruang yang ditinggalkan dalam pasaran ini. Ia dilengkapi dengan sistem audio tambahan, brek parkir jenis elektronik, cermin hadapan kawalan elektrik, perehat tangan penumpang, cruise control, soket 12v di belakang dan termasuklah alat kawalan pemanduan seperti kawalan traksi, brek anti kekunci, dinamik stereng kuasa dan bermacam istilah lagi.

RT ini lebih sesuai untuk penunggang yang mahukan tunggangan santai. Bar hendalnya lebih tinggi di samping kedudukan kerusinya lebih tegak berbanding model RS. Pendikit dan suis di lengan kirinya mudah dicapai. Sudut pandangan hadapannya juga tidak ada halangan langsung bagi mana-mana saiz penunggang. Ia direka untuk falsafah ‘sekecil gadis Thailand dan sebesar lelaki Belanda’.

Roadster Sport
Ini pula objek yang lebih buas. Lihat pada susunan lampu projektor depannya yang garang lagak seekor mahkluk asing yang hendak menerkam mangsanya. Sesuai dengan misi ciptaannya berkonsepkan sporty, tiada aksesori ‘fancy’ dan tempat letak barang-barang besar. Tubuhnya dicipta lebih kurus dan kelihatan lebih aerodinamik. Penggunaan warnanya juga didatangkan dari skema warna terang yang garang.

Kesemua aspek mekanikalnya sama seperti model RT tadi kecuali ketiadaan aksesori yang disebutkan di awal tadi. Saya kira, model RS ini disasarkan kepada golongan yang lebih muda (atau berjiwa muda). Benar kata seorang rakan, RT tadi nampak lebih mahal berbanding RS (yang sebenarnya memang mahal pun!)

Kedua-duanya saya pandu uji dan saya boleh katakan, masing-masing dicipta untuk pasaran yang berbeza. RT mungkin untuk pemilik Vellfire dan RS mungkin untuk pemilik Megane RS Cup. Boleh jadi itu perumpamaan paling dekat. Itupun jika anda boleh faham. Saya sebenarnya boleh faham sikit-sikit sebab saya memang selalu berangan untuk melihatnya diparkir di halaman rumah saya!

 

Previous Post

Tun Shahir, si Adiwira “Goldwing” Malaysia

Next Post

Kembara Aripin, misi menakluk dunia!

Next Post

Kembara Aripin, misi menakluk dunia!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved